Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

215) MENINGKATKAN PRODUKTIVITI PERTANIAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang diberikan kepada bidang pertanian dari tahun 2004 hingga 2007?

    Peruntukan pembangunan sektor pertanian sepanjang tempoh 204 hingga 2007 adalah bemilai RM 114,101,713.00

  2. Apakah skim-skim yang dilancarkan (selain daripada MARA dan FELDA) demi menggalakkan rakyat tanpa mengira kaum supaya melibatkan diri dalam bidang pertanian?

    Kerajaan Negeri telah menyediakan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM ) iaitu kawasan untuk semua kaum menjalankan aktiviti pertanian. Terdapat seluas 1290 hektar TKPM yang melibatkan daerah Sabak Bemam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

  3. Berapakah cukai yang diperolehi dari bidang pertanian?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 05 Mei 2008 telah menolak soalan (c).

Lampiran

Tiada Lampiran.