Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

211) JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Persekutuan akan melantik ahli-ahli satu lagi jawatankuasa yang fungsinya sama dengan JKKK. Apakah perbezaan bidang tugas kedua-dua jawatankuasa ini serta langkah-Iangkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk mengelakkan kekeliruan yang wujud di kalangan rakyat?

  2. Apakah dasar kerajaan mengenai pelantikan dan pemilihan JKKK?

  3. Pentadbiran negeri sebelum ini tidak memerlukan JKKK untuk menyerahkan laporan aktiviti dan belanjawan kewangan tahunan. Apakah dasar kerajaan negeri bagi memastikan ketelusan dalam pentadbiran JKKK?

Lampiran

Tiada Lampiran.