Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
208) HUTAN SIMPANAN KOTA DAMANSARA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sebanyak 50 ekar daripada Hutan Simpanan ini diluluskan untuk projek kubur Islam Seksyen 9 Tambahan Kota Damansara pada tahun 2006 dalam 3 fasa . Bagaimanakah projek ini boleh jadi diluluskan dalam kawasan Hutan Simpanan ?
Kawasan Hutan Simpan Sungai Buloh telah diwartakan pada 14 Januari 1898 dengan keluasan 6,590.40 ha. Luas kawasan Hutan Simpan Sungai Buluh pada masa ini adalah seluas 24 ha iaitu kawasan penempatan Unit latihan Perhutanan dan rumah-rumah Jabatan.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan tapak altematif untuk mengelakkan kesesakan tempat pengebumian di suatu tempat, seperti tanah RRI?
Kawasan perkuburan yang dimaksudkan merupakan sebahagaian daripada kawasan seluas 402.6 ha yang diwartakan keluar sebagai Taman Botani pada 3 Februari 1994. Pada 9 September 2004 kawasan ini telah dibatalkan perwartaan sebagai Taman Botani dan telah dimajukan dengan pembangunan bercampur.
Kawasan tanah Perkuburan Islam seluas 50 ekar itu tidak berstatus Hutan Simpanan Kekal kerana telah diwartakan keluar pada tahun 1994.
-
Apakah langkah -Iangkah yang telah diambil untuk mengazetkan kembali hutan simpanan selebihnya agar ianya kekal dan tidak diterokai semula untuk pembangunan pada masa depan?
Hutan Simpanan Kekal yang telah diluluskan pembatalannya oleh Kerajaan Negeri sekiranya tiada apa-apa pembangunan yang dilakukan ke atas kawasan tersebut akan digazetkan semula sebagai Hutan Simpanan jika diserah kembali oleh pihak berkeanaan