Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

205) SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR S/B (SYABAS)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah kriteria yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dalam menentukan syarikat SYABAS dipilih sebagai konsesi penswastaan bekalan air di Negeri Selangor ?

    Pemilihan SYABAS sebagai pemegang konsesi penswastaan bekalan air di Negeri Selangor adalah berdasarkan kepada keputusan Jemaah Menteri pada ketika itu yang telah membuat penilaian keupayaan kewangan dan keupayaan pengurusan pentadbiran syarikat tersebut.

  2. Sila nyatakan adakah Kerajaan Negeri berhasrat menyemak semula kontrak perjanjian bekalan air dengan syarikat SYABAS kerana isi kandungannya ternyata menyebelahi pihak syarikat dan merugikan pihak Kerajaan Negeri ?

    Melalui penguatkuasaan Akta Industri Perkhidmatan Air Negara dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara pada 1 Januari 2008, semua bentuk perjanjian konsesi bekalan air boleh dikaji semula mengikut kesesuaian dan kepentingan pengguna. Dalam hal ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara berhak meneliti semula perjanjian-perjanjian tersebut termasuklah perjanjian Konsesi SYABAS dengan melibatkan Kerajaan Negeri Selangor semasa sesi perbincangan tersebut.

  3. Sila nyatakan apakah terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa semasa perjanjian tersebut dimeterai ?

    Pe~anjian Konsesi SYABAS yang dimeterai pada 15 Disember 2004 adalah telus dan tiada unsur-unsur penyelewengan. Perjanjian ini adalah di antara tiga (3) pihak iaitu Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan serta SYABAS. Melalui penyediaan perjanjian tersebut, pihak Unit Perancang Ekonomi, JPM, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Kementerian Kewangan dan Jabatan
    Peguam Negara bersama-sama Kerajaan Negeri Selangor telah menyemak dan bersetuju dengan perjanjian tersebut dengan mengambil kira justifikasi sosial dan ekonomi.

Lampiran

Tiada Lampiran.