Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

197) ZAKAT UNTUK PELAJAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah terdapat syarat tambahan seperti mesti menandatangani surat aku janji bagi pelajar Selangor di Mesir yang ingin mendapatkan bantuan zakat?

    Tujuan surat aku janji bagi memastikan kecemerlangan pelajar. Sebelum
    diwujudkan aku janji ada sebilangan pelajar yang tidak memberi tumpuan
    kepada pelajaran kerana mereka menganggap wang zakat adalah percuma
    maka mereka tidak perlu bersungguh-sungguh mendapatkan keputusan
    peperiksaan yang baik.

  2. Apakah isi kandungan aku janji tersebut dan apakah justifikasi ia diwujudkan? Apakah perbandingan prestasi sebelum dan selepas akujanji ini diwujudkan?

    Isi kandungan aku janji adalah seperti berikut:

    i) akan mematuhi segala syarat-syarat Perjanjian Dermasiswa Zakat
    bertarikh …………………… serta peraturan-peraturan dan arahan-arahan
    yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh LEMBAGA ZAKAT
    SELANGOR dari semasa ke semasa sepanjang kursus pengajian;

    ii) akan sentiasa melaksanakan tugas saya sebagai seorang pelajar dengan
    bersungguh-sungguh, jujur, amanah dan bertanggungjawab;

    iii) akan sentiasa berkelakuan baik dan mematuhi semua Tatacara Pelajar
    Dermasiswa Zakat yang ditetapkan oleh LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
    dari semasa ke semasa;

    iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan
    mencemarkan nama sebagai PELAJAR, LEMBAGAZAKAT SELANGOR,
    KERAJAAN NEGERI SELANGORdan MALAVSIA;

    v) akan sentiasa menyokong segala dasar-dasar Kerajaan yang sedang
    memerintah tanpa ragu-ragu;

    vi) tidak akan menyertai apa-apa kegiatan anti-kerajaan atau apa-apa
    kegiatan yang mendorongke arahnya dalam apa jua bentuk sekalipun;

    vii) tidak akan menyertai mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan
    orang yang tidak selaras dengan kepentingan PELAJAR, kepentingan LEMBAGA ZAKAT SELANGOR atau kepentingan Kerajaan Negeri Selangor atau MALAYSIA melainkan Badan Anak Selangor (BAS) atau mana-mana pertubuhan yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor; dan

    viii) akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik
    dalam pengajian atau kursus setiap tahun.

    Justifikasi diwujudkan adalah memastikan kecemerlangan pelajar, di mana
    pelajar diminta belajar bersungguh-sungguh, mengikut peraturan LZS dan
    sentiasa melaksanakantugas sebagai seorang pelajar.

    Prestasi pelajar semakin meningkat dengan drastic di mana pencapaian pelajar yang lulus semakin meningkat dan gagal semakin menurun. Sebelum aku janji tahun 2001/02, seramai 107 orang (51%) pelajar lulus dan 101 orang (49%) Pelajar gagal daripada 208 orang. Manakala tahun 2003/04, pelajar gagal seramai 192 orang (56%) dan pelajar lulus seramai 186 orang (44%) daripada 378 orang pelajar. Selepas aku janji Peningkatan pelajar yang lulus semakin bertambah pada setiap tahun dan terkini tahun 2006/07, seramai 345 orang pelajar telah lulus dan hanya 80 orang pelajar gagal daripada 425 orang pelajar. Prestasi ini menunjukkan kawalan melalui aku janji dan program yang dilaksanakan telah menunjukkan perkembangan yang positif. Laporan prestasi seperti di Lampiran.

  3. Apakah peranan pegawai yang dilantik oleh MAIS yang bertugas di Mesir di samping para pelajar di sana? Mengapakah ia perlu diwujudkan dan apakah tindakan beliau terhadap pelajar yang dikatakan dihalau daripada asrama dan terpaksa tidur di kaki lima?

    Sebelum 2007, lantikan pegawai HEP adalah di bawah lantikan MAIS. Manakala mulai Jun 2008 lantikan terbaru di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

    Peranan pegawai HEP adalah seperti berikut :

    i. Mengurus asrama dan kebajikan pelajar Selangor
    ii. Merancang program kecemerlangan akademik dan kemahiran pelajar dan menghantar laporan prestasi akademik pelajar-pelajar Selangor di Mesir bagi setiap semester.
    iii. Mengawal pengurusan kewangan asrama pelajar Selangor di Mesir.
    iv. Menyediakan dan menghantar laporan pengurusan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Negeri Selangor ke JAIS dan MAIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.