Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
196) PEMBUANGAN SAMPAH DI SUNGAI KERTAS BATU CAVES
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status tindakan kerajaan negeri terhadap masalah pembuangan sampah haram di Sungai Kertas, Batu Caves.
Status tindakan kerajaan negeri terhadap masalah pembuangan sampah haram
di Sungai Kertas, Batu Caves ialah akan mengadakan satu operasi penutupan
tapak pelupusan tersebut. -
Jika telah diambil keputusan bilakah langkah menangani masalah terbabit diambil
Tarikh operasi : 7 Mei 2008
Masa : 10.00 pagi
Pihak yang terlibat :
i. Majlis PerbandaranSelayang
ii. Pejabat Tanah Daerah Gombak
iii. Polis Diraja Malaysia (IPD Gombak)
iv. Jabatan Saliran Daerah Gombak
v. Jabatan Alam Sekitar
vi. Jabatan PemetaanJuru Ukur Negeri Selangor
vii. Pihak Kontraktoryang dilantikHasil operasi :
i. Semua binaan sementara di tapak ini dirobohkan
ii. Menyita tong Roro Bin sebanyak 10 unit
iii. Meletakkan penghadang jalan masuk ke tapak pelupusan ini
iv. Menggali lubang di laluan masuk ke tapak pelupusan.Belum dilaksanakan :
i. Membina tembok penghalang jalan masuk.
ii. Membina pagar laluan penduduk.