Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

195) PERBELANJAAN PEJABAT MENTERI BESAR UNTUK CALON-CALON PILIHAN RAYA IPTA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak jumlahnya yang telah dibelanjakan oleh Pejabat Menteri Besar untuk calon-calon dalam pilihan raya kampus di IPTA tempatan dari tahun 2004 hingga 2007?

    Tidak ada peruntukan khas yang dibelanjakan dibawah peruntukan Pejabat YAB Dato’ Menteri Besar untuk perbelanjaan calon-calon dalam pilihanraya kampus di IPTA tempatan dari tahun 2004 hingga 2007. Peruntukan-peruntukan yang diberi adalah kepada Badan-badan Bukan Kerajaan dan persatuan-persatuan yang diiktirafkan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan mereka.

  2. Meminta satu senarai selengkap yang mungkin berkenaan dengan pecahan-pecahan perbelanjaan ini

    Tidak berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.