Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
188) PELABURAN ASING (MENGENAL PASTI JUMLAH PELABURAN ASING DI NEGERI SELANGOR )
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pelaburan asing yang dibuat oleh pelabur-pelabur asing setakat ini di Negeri Selangor dan apakah pecahan pelaburan asing mengikut negara di Negeri Selangor?
Bagi tempoh tahun 1997 hingga 2007 sebanyak 1,821 projek melibatkan
penyertaan pelabur asing telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai
pelaburan berjumlah RM 27,831,392,241. Pecahan pelaburan mengikut negara
adalah seperti di lampiran 1. -
Apakah langkah-Iangkah yang sedang dibuat oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan pelabur-pelabur asing ini?
Kerajaan Negeri juga mengamalkan beberapa dasar yang menjadikan Negeri
Selangor menjadi destinasi pelaburanyang menarik seperti berikut;-1. Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar
pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada
pelabur asing.2. Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan
dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan
maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak
industri/pelaburdi Selangor.3. Menaik taraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta
menyediakan kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor
Science Park.4. Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
5. Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil
Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain
kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop
Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap PBT.6. Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi
memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan di setiap daerah serta
mempromosikan peluang-peluang pelaburan di setiap daerah.7. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan
Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa
Tempatan. -
Bagaimanakah strategi dan peranan kerajaan negeri bagi memberi manfaat terus pelabur asing kepada rakyat Negeri Selangor dari segi peluang ekonomi dan pekerjaan
Beberapa program telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui SSIC Berhad bagi memberi manfaat terus pelabur asing kepada rakyat Negeri Selangor dari segi peluang ekonomi dan pekerjaan. Antara program-program tersebut adalah seperti berikut;-
i. Peluang Ekonomi.
1. Menyediakan maklumat penyedia-penyedia perkhidmatan untuk rujukan para pelabur bagi mendapatkan khidmat profesional yang
beroperasi di negeri Selangor.
2. Menganjurkan program-program networking antara para pelabur yang beroperasi di Negeri Selangor bertujuan bagi menyediakan ruang untuk pelabur tempatan serta pelabur asing menjalin hubungan kerjasama perniagaan antara satu sama lain.ii. Peluang Pekeriaan
1. Mengadakan sesi pertemuan antara institusi-institusi pengajian tinggi di negeri Selangor dengan syarikat multinasional bagi mewujudkan jaringan antara pihak industri dan institusi pengajian tinggi supaya program yang ditawarkan oleh pihak institusi pengajian tinggi menepati kehendak industri serta pihak industri dapat berhubung terus dengan pihak institusi pengajian tinggi bagi mendapatkan tenaga kerja yang bersesuaian.
2. Dalam syarat-syarat lesen pengilang yang dikeluarkan oleh MIDA, pihak syarikat disyaratkan untuk melatih rakyat Malaysia supaya pemindahan teknologi dan kepakaran dapat disalurkan di semua peringkat jawatan.