Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
187) ISU BABI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Selain dari babi apakah punca pendapatan Negeri Selangor dan perancangan masa depan Negeri Selangor?
Pertumbuhan ekonomi tahun 2007 telah merekodkan sumbangan sektor
pertanian hanya 3 peratus, sektor perindustrian 57.6 peratus dan sektor
perkhidmatan 38.4 peratus daripada KDNK Negeri bemilai RM 105 bilion.
Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan untuk memperkasakan
sumbangan sektor perkhidmatan dan perindustrian tanpa mengabaikan sektor
pertanian. Adalah diramalkan ekonomi negeri Selangor pada tahun 2008 akan
berada dalam keadaan setara seperti tahun 2007 dengan kadar pertumbuhan
6.6 peratus