Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

179) PEMBANGUNAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah wawasan Negeri Selangor selepas berada di Pasca Negeri Maju dan Sejahtera?

    Wawasan Negeri Selangor selepas berada di Pasca Negeri Maju dan Sejahtera
    adalah untuk memastikan kebajikan rakyat diutamakan, kualiti hidup rakyat
    dipertingkatkan dan ekonomi diagihkan yakni seluruh rakyat dapat menikmati
    hidup yang lebih selesa. Justeru, pada tanggal 9 Mac 2008 merupakan
    permulaan kepada era Pentadbiran Baru Negeri Selangor untuk memikul
    tanggungjawab memimpin dan merakyatkan ekonomi. Agenda Merakyatkan
    Ekonomi Selangor telah direncanakandengan hasrat supaya Kerajaan berusaha
    meneroka dan memajukan sumber ekonomi di bumi Selangor, yang kemudian
    membahagikan keuntungan kepada rakyat agar dalam hal ekonomi rakyat dapat sama-sama merasa hasilnya

  2. Apakah pembangunan bagi wilayah Lembah Klang Kedua yang melibatkan Daerah Kuala Langat dan Sepang diteruskan?

    Pembangunan Wilayah Lembah Klang 2 (WLK2) akan diteruskan
    memandangkan ia turut menyumbang kepada usaha memperkukuhkan
    pencapaian Selangor Pasca Negeri Maju dan seterusnya menjadi pelengkap dan penyokong kepada perdagangan Wilayah Lembah Klang sedia ada. Justeru itu pembangunan WLK2 akan diteruskan bagi mencapai tiga (3) misi utamanya iaitu:

    1. Penjana pertumbuhan kepada wilayah sekitarnya dalam konteks integrasi
    ekonomi global-local;
    2. Gateway (pintu masuk) kepada kemasukan business dan pengunjung
    antarabangsa ; dan
    3. Menjadi tempat pilihan lokasi firma dan pejabat wilayah perbadanan
    antarabangsa berteraskan ICT.

  3. Apakah penambahbaikandi atas pembangunan WLKK tersebut?

    Dalam konteks pembangunan WLK2, kawasan ini telah mempunyai asas
    infrastruktur yang canggih seperti Cyberjaya, Pusat Pentadbiran Persekutuan
    Putrajaya dan KLIA.

    Penambahbaikan yang dilaksanakan akan berteraskan enam (6) inisiatif yang akan diambil kira dalam pelaksanaan pembangunandi Wilayah Lembah Klang 2 (WLK2) seperti berikut :

    i) Galakan dan sokongan kepada pertumbuhan’business’ global dan tempatan;
    ii) Infrastruktur pengangkutan dan komunikasi yang cekap ;
    iii) Pembangunan tenaga manusia yang berkualiti dan berkemahiran tinggi ;
    iv) Persekitaran kehidupan yang berkualiti ;
    v) Tadbir urus yang baik (good governance) ; dan
    vi) Ekuiti dan penyusunan semula masyarakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.