Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

176) TANAH PERKUBURAN ISLAM

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penduduk Taman Medan yang lebih 40 ribu dan kawasan di sekitarnya menghadapi masalah tiada tanah perkuburan Islam berdekatan. Jenazah terpaksa dibawa sejauh 40 km ke Kota Damansara untuk sampai ke tanah perkuburan terdekat. Adakah kerajaan negeri memperuntukkan tapak yang sesuai bagi tanah perkuburan keperluan orang Islam di Taman Medan dan sekitarnya? Sila beri butiran

    Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dasar satu perkuburan berpusat bagi satu-satu daerah dalam negeri Selangor. Dasar ini diperkenalkan bagi
    mengatasi masalah kekurangantanah, terutamanya kepada daerah-daerah yang mengalami pembangunan yang pesat seperti Daerah Petaling, Daerah Gombak serta Daerah Hulu Langat.

    Bagi Daerah Petaling, Kerajaan Negeri telah meluluskan satu perkuburan Islam berpusat di Kota Damansara seluas 50 ekar bagi kegunaan penduduk di Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya.

    Oleh yang demikian, kawasan Taman Medan adalah termasuk dalam Petaling Jaya dan penduduk Taman Medan boleh menggunakan kemudahan tanah perkuburan tersebut apabila berlakunya kematian. Untuk makluman, tiada tapak yang sesuai dijadikan kawasan perkuburan di Taman Medan di sebabkan masalah kekurangan tanah yang sesuai di kawasan tersebut.

  2. Apakah agensi yang bertanggungjawabatas kera-kerja menyediakan tapak serta pengendalian tanah perkuburan tersebut?

    Kerajaan Negeri melalui agensinya seperti Jabatan Agama Islam Selangor
    (JAIS), Jabatan Perbandaran, Bandar dan Desa (JPBD) serta Pejabat Tanah
    dan Daerah (PTD) adalah agensi-agensi yang bertanggungjawab bagi merangka
    serta memperuntukkan tapak bagi tanah perkuburan manakala Pihak Berkuasa
    Tempatan (PBT) adalah pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan
    pengendalian tanah perkuburan.

Lampiran

Tiada Lampiran.