Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

170) LADANG TERNAKAN BABI MODEN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan ladang-Iadang ternakan babi yang terdapat di Selangor ketika ini dan bilangan jumlahnya serta pemiliknya

    Mengikut rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, terdapat sebanyak 132 buah ladang babi dengan jumlah ternakan sebanyak 257,521 ekor. Maklumat lengkap seperti di lampiran.

  2. Apakah ternakan babi akan dipasarkan secara terbuka di pasar-pasar basah sebagaimana makluman yang disiarkan dalam risalah-risalah Barisan Alternatif yang disebarkan pada pilihan raya Umum ke 12 yang lalu?

    Pemasaran daging babi akan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh
    PBT di pasar basah dan tempat yang khusus sahaja.

  3. Kerajaan negeri memaklumkan pembinaan ladang domestik sahaja. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil bagi mengawal penternak-penternak mematuhi arahan berkenaan?

    Pembangunan ladang babi moden hanya dikhususkan kepada penternak babi
    semasa yang terdapat di Negeri Selangor sahaja. Lesen ternakan babi yang
    baru tidak akan dikeluarkan dan penternak semasa tidak dibenarkan menjual
    lesen mereka kepada penternak luar dari Negeri Selangor. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri akan menguatkuasakan Enakmen Penternakan
    Babi 1991 bagi mengawaljumlah ternakan babi (sebanyak 250,000 ekar sahaja
    ), peraturan sembelihan babi dan kawalan pencemaran kawasan ladang yang
    ditetapkan oleh Kerajaan Negeri