Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
169) KESIHATAN RAKYAT
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan untuk melaksanakan janji memberi 90 hari cuti bersalin kepada wanita bekerja dan 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin?
Kerajaan Negeri telah mengadakan Jawatankuasa Manifesto kerajaan
melibatkan agensi-agensi kerajaan bagi mengkaji pelaksanaan manifesto,
termasuk cuti 90 hari bagi wanita bersalin dan 14 hari bagi suami. Pelaksanaan
bergantung kepada syor Jawatankuasa ini. -
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan janji untuk memberi cuti sebulan kepada wanita yang kematian suami?
Sama seprti di Sub (a).
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan janji untuk menyediakan perubatan percuma kepadawarga 65 tahun ke atas?
Sama seprti di Sub (a).