Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
164) KES JENAYAH/JUVANA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik jenayah juvana/pelajar mengikut daerah di negeri Selangor?
(Jawapan seperti di lampiran D1, D2 dan D3)
-
Apakah tindakan yang di ambil oleh kerajaan dalam menangani masalah jenayah di kalangan pelajar/juvana?
Tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah jenayah di kalangan pelajar / juvana:
i. Mengadakan kaunseling, ceramah di sekolah-sekolah yang dikenal pasti
bermasalah.ii. Mengadakan kempen di sekolah
iii. Mewujudkan Pegawai Seranta Sekolah yang terdiri daripada pegawai-pegawai polis di mana Pegawai Polis di setiap daerah di lantik sebagai bapa angkat kepada setiap sekolah. la bertujuan untuk memantau disiplin dan salah laku pelajar dengan cara mengadakan kaunseling dan lawatan-Iawatan ke lokap, gambar-gambar kemalangan jalan raya kepada pelajar yang terlibat di dalam kegiatan Mat Rempit.
iv. Mengujudkan dan menghidupkan kembali aktiviti Rukun Tetangga di kawasan perumahan kerana ia dapat mengurangkan kejadian ragut, pecah rumah pada waktu malam, rempit, berpelesiran di waktu malam, perjumpaan tidak sihat remaja di taman-taman permainan.
v. Di cadang mengujudkan mekanisme yang sesuai bagi menyedarkan ibu bapa dan penjaga supaya memberikan perhatian dan mendidik anak-anak.
vi. Mengkaji semula dan mengetatkan peraturan-peraturan dan disiplin sekolah.
vii. Dicadangkan mengujudkan mata pelajaran sivik di peringkat sekolah menengah sebagai contoh kefahaman di dalam Rukun Negara, budaya menghormati orang tua, guru, keluarga, pengurusan masa, ajaran agama, aktiviti-aktiviti yang sihat, lawatan-Iawatan ke lokap/penjara, hospital dan lain-lain.
-
Apakah perancangan yang diambil bagi mengurangkan kes jenayah juvana?
Jawapan seperti di atas.