Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

160) BANDAR BUKIT SENTOSA DAN BUKIT BERUNTUNG MERUPAKAN BANDAR BARU TETAPI KEADAAN FIZIKAL DAN PENYELENGGARAAN INSFRASTRUKTURNYA SEPERTI BANDAR YANG DITINGGALKAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Negeri terhadap pemaju dan pemilik rumah-rumah yang tidak didiami?

    Pada masa sekarang pembinaan dewan orang ramai dalam pembinaan dan ini
    sebagai usaha untuk menyediakan kemudahan awam kepada penduduk yang
    sedia ada dan tarikan kepada pemilik lain untuk berpindah ke kawasan ini.

    Di samping itu pada masa sekarang pembinaan Sekolah Rendah di Bukit
    Beruntung dalam pembinaan dan Sekolah Menengah di Bukit Sentosa 2 juga
    dalam pembinaan yang mana ini akan menambah tarikan pemilik kediaman di
    persekitaran untuk berpindah ke kawasan tersebut. Juga dalam pembinaan
    Sekolah Agama Rendah oleh JAIS dalam pembinaandi Bukit Sentosa 3.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang menambah jadual kekerapan untuk memotong rumput di bandarini?

    Buat masa ini Majlis Daerah Hulu Selangor tidak bercadang untuk menambah
    kekerapan pusingan potongan rumput kerana kekerapan sedia ada seperti
    berikut:

    i) Kawasan Lapang Awam, Padang Permainan Kanak-kanak, Padang Bola,
    Kawasan Hijau Awam dipotong 2 kali sebulan.
    ii) Pembahagi jalan dan jalan-jalan awam dan jalan kawasan perumahan
    dipotong 1 kali sebulan.

    Kekerapan ini adalah memadai dan penambahan pusingan kerja selain di atas
    akan mengakibatkan pertambahan kos operasi dan tidak mampu ditanggung
    oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor.

  3. Masalah bumbung pangsapuri Seri Cempaka yang terhenti dari membaik pulih selepas kerajaan Negeri bertukar?

    Masalah bumbung pangsapuri Seri Cempaka yang terhenti kerana peralihan
    pentadbiran Kerajaan Negeri yang telah bertukar. Pada masa sekarang
    Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk membaiki kerosakan tersebut bagi
    keseluruhan blok apartmen yang terlibat di seluruh Bukit Beruntung dan Bukit
    Sentosa.

Lampiran

Tiada Lampiran.