Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
155) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jumlah hasil perolehan PKPS untuk empat tahun yang lepas dan senaraikan juga jumlah hasil yang dicatat oleh anak-anak syarikat di bawah PKPS empat tahun yang lalu
Jumlah hasil PKPS untuk 4 tahun terakhir ialah RM176.28juta manakala jumlah hasil yang dicatatkan oleh anak-anak syarikat PKPS pula ialah RM101.95 juta. Ini menjadikan jumlah keseluruhan hasil Kumpulan PKPS sebanyak RM278.23 juta. Senarai hasil PKPS dan anak-anak syarikat adalah seperti di Lampiran 2.
-
Berapakah peratusan hasil PKPS adalah disalurkan kepada kerajaan negeri dan senaraikan jumlah nilai yang disumbangkan kepada kerajaan negeri oleh PKPS dalam 5 tahun yang lepas.
Jumlah pembelian tanah oleh PKPS dalam tempoh 4 tahun terakhir ialah tanah
milik KDEB seluas 285.16 ekar dengan harga RM9.93juta. Tanah ini terletak di
Mukim Ulu Tinggi, Daerah Kuala Selangor. Jumlah penjualan tanah-tanah milik PKPS pula dalam 4 tahun terakhir ialah seluas 668.89 ekar di enam lokasi yang berlainan dengan jumlah harga jualan sebanyak RM28.06juta. Senarai butiran adalah seperti di Lampiran 3. -
Berapakah peratusan hasil PKPS adalah disalurkan kepada kerajaan negeri dan senaraikan jumlah nilai yang disumbangkan kepada kerajaan negeri oleh PKPS dalam 5 tahun yang lepas.
Sumbangan PKPS kepada Kerajaan Negeri dalam tempoh 5 tahun yang lepas
adalah berjumlah RM11.25 juta untuk pelbagai program seperti di Lampiran 4.