Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
154) PERUNTUKAN TAHUNAN BAGI ADUN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Setiap tahun Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah wang bagi Ahli Dewan Undangan Negeri menggunakannya untuk membantu penduduk di kawasan masing-masing. Berapakah peruntukan tersebut dan jumlah yang telah dibelanjakan setakat ini bagi setiap Kawasan dalam negeri Selangor? Sila beri butiran terperinci perbelanjaan tersebut mengikut kawasan
Kerajaan Negeri Selangor melalui cabutan daripada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diadakan pada 4 Oktober 2006 telah
memutuskan peruntukan bagi setiap Ahli Dewan Undangan Negeri adalah
sebanyak RM500,000 setahun dan peruntukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri adalah sebanyak RM600,000 setahun.Jumlah keseluruhan peruntukan ADUN yang diperuntukkan bagi tahun 2008
adalah sebanyak RM29,544,000dan jumlah yang telah dibelanjakan setakat 26
Mac 2008 adalah sebanyak RM26,636,844.33.Baki peruntukan tersebut adalah
sebanyak RM2,907.155.67.