Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

151) GERAI HARAM

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Percambahan gerai tanpa lesen dan kebenaran PST amat berleluasa sejak akhir-akhir ini, khususnya di Bandar Utama Batang Kali, Bandar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Apakah tindakan kerajaan Negeri kepada peniaga-peniaga ini?

    Kerajaan negeri akan meningkatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap gerai-gerai tanpa izin di kawasan terbabit. Gerai-gerai di kawasan ini yang tidak berada dalam bancian gerai tanpa izin MDHS sebelum ini akan dirobohkan. Gerai-gerai yang berada dalam bancian gerai haram sebelum ini akan diselesaikan secara pemberian lesen sementara atau pemindahan ke gerai-gerai majlis.

  2. Apakah usaha daripada kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Kerajaan Negeri telah menjalankan bancian peniaga-peniaga gerai tanpa lesen
    pada tahun 2007 selaras dengan dasar Gerai Haram Sifar kerajaan sebelum ini.
    Sebanyak 638 orang daripada jumlah yang dibanci akan ditempatkan di gerai-gerai yang dibina oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) di sepuluh PST. Baki gerai tanpa lesen akan diselesaikan oleh PST secara pemindahan ke gerai-gerai majlis, pemberian lesen sementara kepada perniagaan yang tidak
    menimbulkan kacau ganggu dan tindakan roboh.

  3. Data bilangan peniaga haram di Selangor

    Data bilangan gerai haram mengikut PST adalah seperti jadual di bawah:

Lampiran

Tiada Lampiran.