Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

145) SEKOLAH VERNAKULAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan syarat-syaratdan garis panduan yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dalam pemberian kelulusan tanah untuk pembinaan sekolah vernakular Cina dan Tamil.

    Pemberian tanah untuk sekolah bantuan modal Cina dan Tamil tidak terdapat
    garis panduan/syarat yang ditetapkan kerana sekolah-sekolah tersebut di bawah tanggungjawab Lembaga Pengurus Sekolah LPS) atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) sekolah tersebut.

  2. Apakah perancangan jangka panjang dan berapakah peruntukan untuk membantu sekolah-sekolah ini?

    Oleh kerana LPS atau PIBG bertanggungjawab terhadap tanah dan bangunan
    sekolah ini maka perancangan jangka panjang dan anggaran peruntukan
    terserah kepada LPS atau PIBG. Walau bagaimanapun dari segi pembangunan
    fizikal pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ada memperuntukkan
    kewangan untuk membantu sekolah-sekolah ini mengikut keupayaan. Pihak
    KPM juga memang memberi peruntukan sepenuhnya terhadap bekalan guru-guru dan kakitangan sokongan.

Lampiran

Tiada Lampiran.