Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

143) INDUSTRI TERNAKAN BABI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Baru-baru ini kerajaan negeri memaklumkan akan membuat pelaburan RM 100 juta dalam industri ternakan babi secara kaedah moden. Apakah rasional kerajaan negeri membuat pelaburan begitu banyak dalam industri ternakan babi?

    Pembangunan “Modern Pig Farming” yang akan dibangunkan secara insitu di
    Landang Tumbuk Mukim Batu Kuala Langat sebenarnya tidak melibatkan
    peruntukan Kerajaan Negeri. Semua kos pelaburan akan ditanggung
    sepenuhnya oleh pihak swasta.

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuat pelaburan tambahan?

    Kerajaan Negeri tidak akan membuat sebarang pelaburan tambahan untuk
    pembangunan projek ini.

  3. Adakah kerajaan negeri mengambil kira sensitiviti kaum agama Islam sebelum membuat pilihan kawasan yang dikenal pasti menjalankan industri ternakan babi secara moden?

    Dengan mengambil kira sensitiviti agama maka projek ini dibangunkan secara
    insitu iaitu di sekitar kawasan sedia ada ternakan babi semasa. Kerajaan Negeri
    sebenarnya telah meneliti dan mengkaji lokasi-Iokasi di pelosok negeri dan
    hanya di kawasan tersebut sahaja didapati sesuai dibangunkan sebagai “Modern Pig Farming”. Banyak faktor-faktor lain juga telah dipertimbangkan dan diambil kira sebelum projek ini diluluskan. Antaranya:

    i) Kesesuaian lokasi;
    ii) Kesan kepada alam sekitar;
    iii) Syarat-syarat tanah dan undang-undang berkaitan;dan
    iv) Sensitiviti agama dan masyarakat setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.