Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

141) PEMBERSIHAN PARIT DI KAWASAN SAWAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pembersihan parit di kawasan sawah dilakukan 4 kali setahun (setiap 3 bulan sekali), akan tetapi pembersihan parit di kawasan kampung hanya dilakukan 3 kali setahun (setiap 4 bulan sekali). Perkara ini menimbulkan ketidaksamarataan antara pembersihan parit di kawasan bendang ( sawah ) dengan pembersihanparit di kawasan kampung. Keadaan ini menyebabkan parit-parit saliran di kawasan kampung menjadi sebu, tiada air dan penuh dengan rumput dan semak. Apakah tindakan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah pembersihan parit di kawasan kampung?

    Pembersihan parit di kawasan kampung dilaksanakan 3 kali setahun kerana
    pihak jabatan berpendapat kekerapan ini adalah memadai berdasarkan kepada aktiviti pertanian di kawasan kampung yang terdiri dari tanaman kekal dan juga setelah mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan.

    Ketidaksamaan kekerapan dengan kawasan sawah adalah kerana perbezaan
    aktiviti yang dijalankan di mana aktiviti tanaman padi kritikal dan memerlukan penyelenggaraan yang lebih kerap.

    Masalah pembersihan parit di kawasan kampung akan diatasi dengan kerja
    pembersihan yang dilaksanakan oleh JKKK sebanyak 3 kali setahun seperti
    yang dinyatakan di atas. Selain itu pihak JKKK juga disarankan agar melaksanakan kaedah pembersihan sepanjang tahun dengan pembayaran
    dibuat 3 kali setahun.

    Bagi parit-parit yang tidak termasuk dalam senarai JKKK pihak jabatan akan
    melaksanakan kerja pembersihan dengan melantik kontraktor mengikut
    keperluan kawasan terlibat.

  2. Berapakah kadar pembayaran pembersihan parit hari ini? Kerajaan negeri harus meningkatkan kadar pembayaran pembersihan parit yang dilihat hari ini sudah tidak sesuai dengan kadar peningkatan kos dan buruh

    Kadar pembersihan parit yang digunakan untuk kerja pembersihan parit JKKK
    adalah seperti di bawah. Kadar ini telah disemak dan diluluskan oleh Kerajaan
    Negeri pada 6 Julai 2005. Keputusan EXCO MTES No. 7/14/2005 bertarikh
    6/7/05 dim. IPK.Sel.(R) 505 Jld 117 (24). Cadangan untuk menyemak semula
    kadar ini akan diambil perhatian selaras dengan peningkatan kos buruh dan
    sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.