Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

140) INDUSTRI TERNAKAN UDANG HARIMAU

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah keluasan kawasan industri ternakan udang Harimau di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?

    Keluasan kawasan yang dipajakkan kepada Syarikat Evergrowth Aquaculture
    Sdn. Bhd. ialah 485 ekar, di Mukim Api-Api Daerah Kuala Selangor.

  2. Apakah faedah dan keuntungan kepada penduduk tempatan di atas wujudnya industri ternakan udang harimau di kawasan masing-masing?

    Faedah dan keuntungan penduduk tempatan adalah seperti berikut:

    i. Peluang Pekeriaan
    Syarikat mengambil pekerja tempatan seramai 50-80 orang dengan gaji
    bulanan sebanyak RM800.00 seorang.

    ii. Ekonomi Tempatan
    Menjana ekonomi tempatan sebanyak RM 1 juta sebulan melalui pembelian bahan makanan udang seperti kerang, sotong, lala, ais batu, pakaian pekerja, khidmat pengangkutan dan sebagainya. Bahan makanan udang diperoleh daripada nelayantempatan dan setiap nelayan mendapat purata pendapatan sebanyak RM 250.00 sebulan. Hampir 30 orang nelayan terlibat dalam pembekalan ini.

    iii. Penyelenggaraan parit dan ban (meninggi dan membesar) secara percuma. Kerja-kerja penyelenggaraan ini telah dilakukan sejak 11 tahun
    yang lalu dan akan diteruskan pada masa akan datang.

  3. Sila nyatakan apakah bentuk insentif dan bantuan lain dari Kerajaan Negeri yang disalurkan kepada pengusaha industri tersebut ?

    Selain daripada tanah yang menjadi tapak projek, syarikat tiada menerima
    sebarang insentif dan bantuan daripada Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.