Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
137) KADAR BAYARAN AIR UNTUK KONDOMIUM DAN HARTA TANAH BERTINGKAT
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bilangan Kondominium dalam Negeri yang telah ditukar dari 'bulk' meter kepada meter individu oleh pihak Syabas
Program Migrasi telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 28 Mei 2007 di mana pemilik premis akaun meter pukal bagi
Kondominium/pangsapuri/Rumah Pangsa telah diberi pilihan untuk memohon kepada SYABAS untuk migrasi ke akaun meter individu tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Antara terma-terma dan syarat-syarat utama adalah :- Syarikat Pengurusan (MC) semasa mesti memberi kebenaran secara bertulis kepada permohonan bekalan air baru yang dimajukan oleh pemilik unit individu.
- Permohonan bagi meter individu mesti diterima oleh pihak SYABAS daripada SEMUA pemilik unit individu (100%) melalui MC berdasarkan kepada beberapa syarat kelonggaran.
- Pihak MC harus menutup akaun bekalan air meter pukal sedia ada dan membuka akaun baru dengan pembayaran deposit yang baru.
- Semua tunggakan bil air ke atas akaun meter pukal sedia ada mesti dijalankan sepenuhnya oleh pihak MC bagi penutupanakaun meter pukal sedia ada.
- Semua permohonan bekalan air, sama ada bekalan air secara pukal atau individu mesti lengkap dengan bayaran deposit baru.
- Pihak MC perlu memastikan kesemua meter individu adalah :
i. Mudah diakses;
ii. Mudah dibaca (kadar pencahayaan dan penglihatan yang bersesuaian);
iii. Selamat dibaca oleh pembacameter;
iv. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih.
Akaun meter pukal dikekalkan di mana perbezaan bil meter pukal dan jumlah bil meter individu akan ditanggung oleh pihak MG. Tambahan juga penyenggaraan sistem paip dalaman masih ditanggung oleh pihak MG.
Untuk menguruskan program migrasi ini, satu pasukan khas “Special Meter Unif” (SMU) telah ditubuhkan untuk membuat pemeriksaan ke atas setiap premis yang memohon sebelum migrasi boleh diluluskan.
Setakat 2 Mei 2008, status kelulusan migrasi adalah seperti berikut :-
Bilangan permohonan yang diterima (yang melibatkan jumlah premis individu sebanyak 64,214 unit) : 247
Bilangan pemeriksaan dl tapak : 244
Bilangan permohonan yang telah diberi kelulusan migrasi : 65
Bilangan permohonan yang telah siap migrasi dan telah diaktifkan akaun bekalan air meter individu (yang melibatkan jumlah premis individu sebanyak 2,120 unit) : 15Bersama-sama ini disertakan sesalinan pecahan butiran seperti dalam Lampiran A untuk rujukan.
Semasa pemeriksaan tapak dijalankan beberapa masalah telah dihadapi, di
antaranya :(i) Meter tidak dapat dibaca kerana kabur atau gelap (cahaya tidak mencukupi);
(ii) Nombor meter diselaputi cat dan tidak jelas.
(iii) Bahan untuk tapak meter tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
(iv) Kedudukan meter terlalu tinggi.
(v) Pemasangan penapis air di tapak meter di mana menyebabkan halangan kepada pembacaan meter dan penyenggaraan meter.Untuk mempermudah dan mempercepatkan lagi proses kelulusan migrasi ini, beberapa syarat telah dilonggarkan oleh Pengurusan SYABAS seperti berikut:-
(i) Tapak meter jenis bahan-bahan yang tidak mengikuti spesifikasi juga diterima dengan syarat pihak MG membuat aku janji dan melepaskan SYABAS dari segala kerosakan paip/kebocoran semasa penyenggaraan meter.
(ii) Keadaan tempat yang gelap juga diterima di mana SYABAS akan menyediakan lampu suluh kepada Pembaca Meter Air. -
Sila nyatakan isu-isu guaman yang melibatkan migrasi meter air
Isu-isu guaman yang melibatkan migrasi akaun meter pukal ke akaun meter
individu adalah seperti berikut :-(i) Pemegang akaun meter pukal bagi kondominium/pangsapuri/rumah pangsa adalah di atas nama MC. Dari segi perundangan, pihak MC sendiri boleh mengemukakan permohonan kepada SYABAS untuk migrasi dari akaun meter pukal ke akaun meter individu. Dalam pada hal ini, SYABAS tidak boleh memaksaMC berbuat demikian.
(ii) MC dikehendaki menutup akaun meter pukal yang sedia ada dan membuka satu lagi akaun meter pukal yang baru dengan bayaran deposit baru serta menandatangani persetujuan terma-terma dan syarat-syarat yang berkenaan.
(iii) Setiap akaun meter individu juga perlu membuat bayaran deposit
berasingan serta menandatangani persetujuan terma-terma dan syarat-syarat yang berkenaan.Untuk menggalakkan pihak MC mengemukakan permohonan migrasi, pihak
SYABAS telah menghantar salinan garis panduan kepada semua MC kondominium/pangsapuri/rumah pangsa serta memberi beberapa taklimat
kepada wakil-wakil MCdan penduduk supaya mereka dapat memahami program migrasi ini. Di samping itu banyak program-program publisiti juga telah dijalankan.Untuk membantu dalam pendaftaran dan pembayaran deposit untuk meter
individu, SYABAS telah mengadakan Program Turun Padang dan Majlis
Pendaftaran dan Kaunter Pembayaran Migrasi Akaun Meter Pukal ke Akaun
Meter Individu di kuarters-kuartersKerajaan yang mana kelulusan migrasi telah diberi. Setakat ini empat (4) programtelah dijalankan seperti berikut :-- Program Turun Padang – Kaunter Pendaftaran & Pembayaran Akaun
Meter Pukal ke Akaun Meter Individu di Kuarters Kakitangan Awam Jalan Duta pada 26 dan 27 Januari 2008. - Program Turun Padang – Kaunter Pendaftaran & Pembayaran Akaun
Meter Pukal Ke Akaun Meter Individu di Kuarters Kakitangan Kerajaan Jenis Pangsapuri Fasa 8 Presint 9 Putrajaya pada 5 April 2008. - Program Turun Padang – Kaunter Pendaftaran & Pembayaran Akaun
Meter Pukal Ke Akaun Meter Individu di Kuarters Kakitangan Awam Jalan U-Thant pada 12 April 2008. - Program Turun Padang – Kaunter Pendaftaran & Pembayaran Akaun
Meter Pukal Ke Akaun Meter Individu di Kuarters Kakitangan Kerajaan Jenis Apartmen Presint 14 putrajaya pada 26 April 2008.
- Program Turun Padang – Kaunter Pendaftaran & Pembayaran Akaun
-
Sila nyatakan jika terdapat jangka masa yang ditetapkan untuk migarasi meter air
SYABAS bersedia untuk menerima dan memproseskan permohonan-permohonan untuk migrasi ini daripada MC. Pihak MC perlu mendaftarkan
dengan SYABAS untuk migrasi dan mematuhi terma-terma dan syarat-syarat yang telah diluluskan. Memandangkan SYABAS tidak boleh memaksa pihak MC, maka SYABAS tidak menetapkan jangka masa untuk migrasi dari akaun meter pukal ke akaun meter individu. Ini bergantung sepenuhnya kepada pihak MC masing-masing supaya tampil mengemukakan permohonan mereka untuk migrasi.Masalah-masalah yang masih dihadapi dalam pelaksanaan program migrasi ini yang melewatkan pemprosesannya adalah :-
- Kedudukan meter terlalu tinggi atau sukar untuk dibaca.
- Cat menyelaputi nombor meter dan tidak jelas.
- Pemasangan penapis air di tapak meter di mana menyebabkan halangan kepada pembacaan meter dan penyenggaraan meter.