Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

131) MASALAH BANJIR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak jumlah kerugian yang diakibatkan oleh banjir pada tahun 2006 dan 2007?

    Maklumat kerugian yang diakibatkan oleh banjir pada tahun 2006 dan 2007 tidak dapat diperoleh kerana melibatkan pelbagai agensi dan tiada bancian terperinci.

  2. Apakah langkah-Iangkah mitigasi yang telah diambil oleh Kerajaan Selangor pada tahun-tahun tersebut untuk mengatasi masalah ini?

    Langkah-langkah mitigasi yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri ialah :-

    (i) Membuat perancangan dan menjalankan projek-projek tebatan banjir bagi menangani masalah banjir
    (ii) Menjalankan aktiviti-aktiviti pemantauan ke atas pemaju perumahan melalui aktiviti ‘Ops Lumpur’
    (iii) Menjalankan penyelenggaraan berkala ke atas sistem saliran dan sungai.

  3. Berapa banyak jumlah peruntukan yang telah disalurkan untuk projek-projek berstruktur bagi mengatasi masalah tersebut?

    Jumlah peruntukan yang dibelanjakan bagi projek-projek tebatan banjir pada tahun 2006 dan 2007 ialah :-

    Tahun : 2006
    Peruntukan Negeri : 14.4 juta
    Peruntukan Persekutuan : 24.3 juta
    Jumlah : 38.7 juta

    Tahun : 2007
    Peruntukan Negeri : 17.3 juta
    Peruntukan Persekutuan : 37.7 juta
    Jumlah : 55.0 juta

Lampiran

Tiada Lampiran.