Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
129) PENGUSAHAAN PERKEMBANGAN SCIENCE PARK DI KOTA DAMANSARA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila jelaskan kedudukan Science Park dengan memberi angka statistik dari tahun 2000 hingga 2007, berapa pengusaha dan pelabur yang melabur membeli tanah di situ. Jumlah luas tamah yang dibeli, dijual dan berapa harganya? Nyatakan ciri-ciri pelabur yang telah melabu iaitu pelabur tempatan atau asing, jenis perindustrian dan jumlah kapital yang dilaburkan
Status Selangor Science Park I, Kota Damansara bagi tahun 2000 – 2007
Ciri – ciri pelabur seperti berikut;-
i. Teknologi pembuatan termaju
ii. Bahan termaju
iii. Teknologi maklumat
iv. Elektronik
v. Bioteknologi & farmaseutikal -
Biasanya tunggu berapa lama sebelum permohonan ditimbangkan
Tempoh proses permohonan adalah selama 1 bulan.
-
Apakah langkah-Iangkah dan insentif yang telah digunakan untuk menarik pengusaha?Kenapa?
Langkah-langkah dan insentif untuk menarik pelabur bagi melabur adalah seperti berikut;-
1. Insentif harga yang ditawarkan seperti berikut;
Selain itu, kerajaan juga mengambil beberapa langkah penggalakan pelaburan seperti berikut;-
1. Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang liberal dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.
2. Mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang
dihadapi oleh pihak industri/pelabur di Selangor.3. Menaik taraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa.
4. Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak
industri.5. Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil
Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain
kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur.6. Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Daerah bagi memantau
perlaksanaan projek-projekpelaburan di setiap daerah.7. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan
Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa
Tempatan.