Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

113) PEMBUBARAN BADAN KEBAJIKAN ISTERI-ISTERI WAKIL RAKYAT SELANGOR (BALKIS)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah peranan dan matlamat utama pertubuhan BALKIS dan sertakan senarai penuh seluruh ahli jawatankuasa pada tahun 2008 ?

    Kerajaan Negeri sudah pun menulis kepada Pendaftar Pertubuhan bagi
    menyuarakan bantahan terhadap pengkhianatan dana awam tersebut. Buat
    masa ini kami menunggu respons daripada Pendaftar Pertubuhan dan akan
    meneliti ruang undang-undang yang ada.

  2. Sila nyatakan bilakah BALKIS dibubarkan dan apakah motif sebenar pembubaran tersebut?

    Sama seperti di Sub(a).

  3. Sila huraikan dari manakah dana BALKIS diperolehi dan berapakah jumlah baki terkini sebelum ianya dibubarkan ?

    Sama seperti di Sub(a).

Lampiran

Tiada Lampiran.