Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

111) BATU RUNTUH BUKIT PERMAI, KAWASANTERATAI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-Iangkah yang diambil untuk mengelakkan berlakunya batu/tanah runtuh di kawasan cerun?

    MPAJ melaksanakan pemantauan dari masa ke semasa. MPAJ telah melantik
    kumpulan IKRAM Sdn. Bhd bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan
    menebang pokok-pokok yang terlibat di permukaan cerun serta mengalihkan
    struktur batuan yang longgor. Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd juga akan
    melaksanakan kajian dan cadangan reka bentuk struktur penstabilan bagi
    kawasan berkenaan.

  2. Berapakah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan Selangor supaya mengkaji semula projek-projek pembangunan di seluruh kawasan Bukit Permai dan mengambiltindakan yang sewajarnya?

    Peruntukan yang diperoleh bagi melaksanakan kajian bagi kestabilan dan
    cadangan reka bentuk penstabilan struktur cerun dianggarkan RM500,000.00.
    Sementara kos bagi melaksanakan penstabilan adalah bergantung kepada hasil
    kajian.

  3. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan Selangor terhadap tanah-tanah bukit yang telah longgar dan berkemungkinan berlakunya tanah/batu runtuh pada bila-bila masa?

    Kerajaan Negeri dan PBT yang terlibat akan menjalankan kerja-kerja penstabilan terhadap kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai berisiko tanah/batu runtuh apabila disahkan oleh pakar yang dilantik iaitu Jabatan Kerja Raya (Cerun) dan Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.