Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
110) KEKURANGAN BEKALAN AIR DI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah 'reservoir' di dalam negeri dan kapasiti untuk setiap resevoir
Jumlah loji rawatan air dan kapasiti yang dikeluarkan adalah seperti lampiran berikut.
-
Sila nyatakan jumlah air yang dibekalkan setiap bulan lima tahun yang lalu dan bila dalam jangkamasa tersebut terdapat kekurangan bekalan air
Jumlah anggaran setiap tahun pengeluaran keseluruhan loji-Ioji tersebut
berdasarkan kapasiti reka bentuk adalah sebanyak 4,483 JLH. Anggaran
pengeluaran dan permintaan adalah seperti jadual di bawah :Berdasarkan data di atas, Kerajaan Negeri masih lagi mempunyai lebihan
pengeluaran air bagi menampung permintaan sehingga tahun 2013.
Sehubungan dengan itu, situasi kekurangan bekalan air yang berlaku pada tahun 1998 dijangka tidak akan berulang sehingga 2013 melainkan berlakunya fenomena EI-Nino yang serius. -
Adalah dijangkakan bahawa kekurangan air akan berlaku kerana penggunaan air yang lebih tinggi dan kekurangan hujan (Kemarau) dalam suku ketiga tahun 2008: i. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil untuk meghadapi kekurangan ini? ii. Adalah langkah-Iangkah diambil untuk mengkaji sumber bekalan air alternatif untuk Negeri Selangor? iii. Adalah difahamkan bahawa satu punca altenatif untuk pembekalan air akan dibekalkan dari Negeri Pahang. Disebaliknya, adalah difahamkan bahawa bekalan air dari Negeri Perak adalah lebih murah, bahkan sempadan Negeri Perak adalah lebih dekat. Oleh demikian pembekalan air melalui paip adalah lebih murah dan efisyen. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil untuk mermberi timbangan mengenai punca alternatif dari Negeri Perak?
Adalah difahamkan bahawa satu punca alternatif untuk pembekalan air akan
dibekalkan dari Negeri Pahang. Di sebaliknya, adalah difahamkan bahawa
bekalan air dari Negeri Perak adalah lebih murah, bahkan sempadan Negeri
Perak adalah lebih dekat. Oleh demikian pembekalan air melalui paip adalah
lebih murah dan efisien. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil untuk
memberitimbangan mengenai punca alternatif dari Negeri Perak?i) Langkah yang paling berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan
bekalan air adalah penggunaan air secara berhemah dan berjimat di
kalangan pengguna terutama pengguna domestik. Selain itu, kaedah
yang berkesan juga melibatkan pengurangan kadar air tidak berhasil
(NRW) melalui penggantian paip-paip lama dan operasi mengesan kes-kes
kecurian air.ii) Kajian sumber air alternatif telah disediakan sebelum ini oleh SYABAS
yang kemudiannya dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Persekutuan untuk dipertimbangkan kelulusannya. Antaranya ialah
penggunaansumber air bawah tanah, penyaluransumber air terawat dari
loji-Ioji yang mempunyai lebihan pengeluaran air ke kawasan-kawasan
yang memerlukan dan pemindahan air mentah antara lembangan sungai.iii) Cadangan pembelian air mentah dari Kerajaan Negeri Perak telah pun
dibincangkan sebelum ini. Namun begitu, kos penyaluran ke kawasan
yang memerlukan iaitu di kawasan Lembah Klang dan Wilayah Lembah
Klang II adalah terlalu tinggi. Sehubungan dengan itu, penyaluran air
mentah dari Pahang ke Selangor adalah kompetitif dari segi kos penyaluran kerana kawasan agihan dan loji rawatan air yang baru yang akan dibina di Hulu Langat adalah berhampiran.