Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
109) TEMPAT LETAK KERETA MAJLlS PERBANDARAN KAJANG (MPKj)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pihak MPKJ telah menandatangani apa-apa perjanjian dengan mana-mana pihak mengenai sistem letak kereta berbayar dan dengan pihak manakah perjanjian tersebut dibuat serta jangka masa perjanjian tersebut yang telah dipersetujui?
Perjanjian dengan pihak Suasa Efektif Sdn. Bhd.
-Perjanjian penswastaan penyeragaman pengurusan tempat letak kereta negeri Selangor – 26/4/1994
– Perjanjian tambahan – 30/11/2001 [tempoh 5 tahun + 3 (pembaharuan) ]Tahun : 2004
Kutipan Tahunan (RM) : 1,074,755.75
4% (RM) : 42, 990.23Tahun : 2005
Kutipan Tahunan (RM) : 1,326,648.25
4% (RM) : 53, 065.93Tahun : 2006
Kutipan Tahunan (RM) : 1,345,119.50
4% (RM) : 53,804.78Tahun : Penyata Kewangan 2007 Belum Diperolehi
Selain dari itu, hasil dari kutipan Kompaun tempat letak pula diagihkan mengikut formula 30% untuk MPKj dan 70% untuk Syarikat Suasa Efektif Sdn. Bhd.
-
Sila nyatakan anggaran keuntungan yang diperolehi dan bagaimanakah cara keuntungan tersebut dibahagikan
-
Adakah wajar kawasan kampung seperti di kampung Baru Batu 11 Cheras, kawasan perumahan Tanming Jaya Balakong diadakan sistem letak kereta berbayar?
Wajar dikenakan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di samping
mendidik masyarakat untuk meletakkan kenderaandengan betul. Selain dari itu
ia juga wajar dikenakan sekiranya kawasan tersebut adalah untuk kegunaan
tempat letak kereta awam seperti di kawasan rumah kedai dan kedai pejabat di
Pekan Batu 11, Cheras dan juga di Jalan Medan Taming, Jalan Taming Sari dan
Jalan Taming Kanan