Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

106) PEMASANGAN LAMPU JALAN DI SEMENYIH-BERANANG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah memasang lampu jalan di sepanjang jalan besar lekas hingga jalan enam kaki Beranang termasuk dalam bajet dan perancangan PBN untuk memajukan negeri Selangor

    Pemasangan lampu jalan di sepanjang jalan besar dari persimpangan LEKAS
    hingga ke Simpang Jalan Enam Kaki Beranang akan dilaksanakan sejajar
    dengan program menaiktaraf jalan tersebut.

    PBN melalui JKR Selangor telah mengemukakan rancangan untuk menaiktaraf
    keseluruhan jalan tersebut di bawah Kajian Semula Separuh Penggal (Mid-term
    Review) Rancangan Malaysia ke 9. Perlaksanaannya adalah bergantung kepada
    keutamaan perancangan Kerajaan Persekutuan.

  2. Adakah peruntukan disediakan oleh PBN untuk memasang lampu jalan di lorong-Iorong kampung dan taman-taman yang bertujuan untuk mengelakkan kadar jenayah yang tinggi di Semenyih?

    Tidak berkaitan dengan pihak JKR. la adalah di bawah bidang kuasa Pihak
    Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah.

    Proiek Lampu Jalan Kampung
    Untuk makluman Y.B ADUN Semenyih. pemasangan lampu jalan di lorong-lorong kampung pada masa lepas adalah di bawah Program Lampu Jalan
    Kampung (LJK) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar
    dan Wilayah (KKLW).

    Bagi kawasan DUN Semenyih, bilangan lampu yang telah dipasang mengikut
    tahun dan kampung adalah seperti berikut :-

    Tahun : 2005
    Bilangan Lampu : 217
    Bilangan Kampung : 50

    Tahun : 2006
    Bilangan Lampu : 80
    Bilangan Kampung : 50

    Tahun : 2007
    Bilangan Lampu : 230
    Bilangan Kampung : 50

Lampiran

Tiada Lampiran.