Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
99) PERTANIAN (HARGA KELAPA)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Masalah harga kelapa bukanlah masalah yang baru, walaupun harga kelapa di pasaran masih tinggi iaitu RM 1.20 hingga RM 1.50 (sebiji siap parut) namun demikian harga kelapa yang diambil dari pekebun kelapa masih di tahap rendah RM 0.20 hingga RM 0.40 sebiji (tidak termasuk upah). Keadaan ini telah menghimpit kehidupan pekebun kelapa dan pekebun kelapa berada dalam dilema. Apakah usaha kerajaan negeri di dalam menaikkan harga kelapa dari kebun dan membela nasib pekebun kelapa?
Usaha yang dijalankan oleh pihak negeri antaranya adalah:
i. Mengalakan petani menjual kelapa muda kerana harga yang boleh
diperolehi adalah 40% lebih tinggi dari jualan kelapa tua.ii. Menambah pendapatan petani dengan mewujudkan industri hiliran
daripada hasil kelapa seperti industri minyak kelapa dara dan kraf taniiii. Menambah pendapatan petani dengan mengusahkan tanaman salingan
seperti pisang, jagung dan nanas. -
Adakah sebarang insentif yang akan diberikan oleh kerajaan negeri bagi memastikan ketidakpupusan penanaman kelapa di Selangor?
Insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti:
a. Program tanam semula kelapa pada kadar R6500/hektar dengan
pemberian input dan infrastruktur pertanian.b. Program Pemulihan kawasan Kelapa pada kadar maksimum
RM2500/hektar.