Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

96) MASALAH PENGHUNI PANGSAPURI KOS RENDAH SRI MUDA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penghuni Pangsapuri Kos Rendah Block B dan C Taman Sri Muda sedang berdepan kemungkinan ancaman maut kerana siling dan bumbungnya sering jatuh di sekeliling pangsapuri, walaupun masalah ini telah diketengahkan kepada pemaju dan Majlis Bandaraya Shah Alam, namun sehingga hari ini tidak ada kerja-kerja pembaikan dilakukan oleh pemaju juga merangkap syarikat penyelenggara. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas mana-mana pihak yang cuai atau dengan sengaja tidak menjalankan tanggungjawab mereka bagi menjaga keselamatan penghuni setempat dan bilakah kerajaan akan bertindak kerana pihak-pihak ini sekian lama mempermainkan penduduk

    Merujuk kepada lawatan tapak bersama Datuk Bandar dan Y.B Tuan Mat
    Shuhaimi Bin Shafei (Adun Sri Muda) serta pihak pemaju pada 11 April 2008,
    pihak pemaju berjanji untuk membaiki kerosakan-kerosakan siling dan
    bumbung pangsapuri tersebut. Walau bagaimanapun penduduk juga perlu
    bertanggungjawab dalam menyelesaikan tunggakan caj-caj penyenggaraan
    kepada pihak pemaju.

  2. Nyatakan enakmen dan undang-undang kecil manakah yang boleh digunakan pihak berkuasa tempatan dalam memaksa pihak tidak bertanggungjawab ini lebih prihatin akan kesusahan rakyat?

    Tiada akta yang boleh diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk tindakan ke atas Pemaju/MC yang tidak menyenggara bangunan. Pihak
    Berkuasa Tempatan (PBT) hanya boleh memantau dari segi sampah sarap
    sekiranya di dalam kawasan Majlis. COB akan bertindak di bawah Akta 663
    kepada pemilik pangsapuri yang tidak menyelesaikan caj penyenggaraan dan
    mendakwa Badan Pengurusan Bersama (JMB) sekiranya gagal menyenggara
    ‘bangunan tersebut’.

    Akta 663 boleh dikuatkuasakan hanya bila JMB telah ditubuhkan. Pihak
    pemaju/pembeli boleh mendapatkan nasihatltindakan daripada Lembaga
    Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) berkaitan penyenggaraan di bawah
    Akta 118.

  3. Apakah rancangan kerajaan negeri pada masa depan dalam menghadapi kedegilan penyelenggara bangunan ini dan sekiranya ada apakan cadangan seperti meminda peruntukan undang-undang boleh dilaksanakan segera demi melindungi dan memelihara nasib golongan berpendapatan rendah?

    Majlis Bandar raya Shah Alam (MBSA) mencadangkan agar pihak LPHS
    memantau perjanjian di antara pemaju dan pembeli sebelum Perjanjian Jual Beli (S&P) dan “Deed Of Mutual Convenants” (DMC) ditandatangani, serta satu taklimat khas perlu diberi oleh mereka agar golongan ini faham butiran perjanjian sebelum menandatangani Perjanjian Jual Beli.

    Majlis Bandar raya Shah Alam (MBSA) akan memantau dari segi kelulusan pelan agar pemaju mematuhi arahan. Bagi sebarang kenaikan caj penyenggaraan dan “sinking fund”. Pihak Majlis tiada hak untuk mengambil tindakan kepada pemaju/mc sekiranya semua perkara yang dikenakan termaktub di dalam Perjanjian Jual Beli dan “Deed Of Mutual Covenants” (DMC) di antara pemaju dan pembeli. Pembeli berhak untuk membuat tindakan pendakwaan kepada pemaju sekiranya mereka tidak berpuas hati mengikut peruntukan di dalam Akta 118.

Lampiran

Tiada Lampiran.