Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
90) PERTANIAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sabak Bernam merupakan Jelapang Padi Negeri Selangor dan penghasilan padinya adalah yang tertinggi di Malaysia iaitu 10 tan per hektar. Namun demikian, masalah kekurangan air masih menjadi permasalahan utama para pesawah. Apakah tindakan kerajaan negeri di dalam menangani masalah ini?
Masalah kekurangan air untuk pesawah agak sukar di atasi kerana sumber air untuk skim pengairan adalah terhad terutama semasa musim kemarau.
Bagaimanapun pihak jabatan telah dan sedang mengambil tindakan bagi mengoptimumkan penggunaan sumber yang antaranya adalah seperti berikut :i) Pembinaan rumah pam separa kekal bagi program kitar semula air sawah di samping penggunaan pam-pam bergerak yang akan dihantar ke kawasan yang memerlukan.
ii) Pembinaan ‘regulator’ di terusan utama bagi mengawal penggunaan dan
agihan bekalanair ke blok-blok pengairan terlibat.iii) Jabatan melaksanakan program kitar semula air dengan membekal pam-pam air bergerak yang ditempatkan di lokasi tertentu bagi mengepam air
dari parit buang untuk diguna semula. -
Berapa banyakkah peruntukan yang akan disalurkan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi?
Peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan
Pertanian bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi adalah sebanyak
RM3j uta bagi tahun 2008.