Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
66) MASALAH PROGRAM “SETINGGAN SIFAR”
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah kerajaan negeri membantu mereka yang gagal mendapat rumah kos rendah akibat penyelewengan atau kesilapan lalu untuk mendapat rumah baru?
Tiada laporan yang diterima oleh Kerajaan Negeri berkenaan isu penyelewengan pengagihan rumah kos rendah kepada setinggan sepanjang program Selangor Setinggan Sitar dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri terdahulu. Ini disebabkan hanya setinggan yang dibanci oleh Pihak Serkuasa Tempatan (PST) sahaja layak ditawarkan rumah kos rendah pada harga RM 35,000.00 seunit. Nama-nama setinggan yang dibanci juga diperakukan bersama oleh Jawatankuasa setinggan PST berkenaan yang terdiri daripada ADUN kawasan, Pejabat Tanah/Daerah serta wakil penduduk setinggan itu sendiri. Mengikut rekod bancian semua PST didapati nama-nama yang tersenarai telah pun ditawarkan rumah kos rendah pada harga RM 35,000.00 seunit dan mereka yang tidak berminat menerima tawaran rumah telah pun mengambil wang RM 7,000.00 untuk keluar daripada penempatan setinggan. Walau bagaimanapun, keluarga tambahan (extended family) juga layak dipertimbangkanrumah kos rendah tetapi pada harga RM 42,000.00 seunit
-
Apakah dasar-dasar baru yang akan diketengahkan oleh kerajaan negeri agar kelemahan-kelemahan dasar yang lalu, contohnya Setinggan Sitar, dapat diatasi?
Dasar setinggan sitar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri terdahulu akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri sekarang, namun ia akan dilakukan secara lebih berhemah dengan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk setinggan yang akan dipindahkan. Semua operasi perobohan telah dihentikan buat sementara waktu bagi membolehkan Kerajaan Negeri mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh setinggan-setinggan berkenaan sebelum diputuskan sama ada perobohan akan dijalankan atau dikekalkan di atas tapak. Kerajaan Negeri amat menitikberatkan kebajikan dan kemampuan kewangan setinggan sebelum dipindahkan ke penempatan baru.
Selain itu, Dasar Kerajaan Negeri masih mengekalkan mana-mana penempatan setinggan baru akan dirobohkan manakala penempatan setinggan sedia ada atau membawa kes ke mahkamah akan dipertimbangkan mengikut keperluan semasa selepas perbincangan dengan semua pihak terlibat diadakan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap operasi perobohan yang akan diadakan tidak memberi pandangan negatif kepada setinggan dan orang awam.