Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
59) PENCEROBOHAN KAWASAN HUTAN SIMPAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini tentang masalah pencerobohan hutan simpan Raja Musa bersebelahan ladang Hopefull, mukim Ulu Tengi?
Luas kawasan Hutan Simpan Raja Musa adalah seluas 23,486.43 ha. Pada
masa ini pihak Jabatan telah mengenal pasti kawasan seluas 667.94 ha yang
telah diteroka untuk pertanian.Tiada kes pembalakanharamyang dikesan selain
daripada penerokaan untuk pertanian. Bagaimanapun, terdapat satu kes
pembalakan haram dalam kawasan tanah kerajaan yang berhampiran dengan
Kompartmen 32 Hutan Simpan Raja Musa. Pembalakan haram ini juga ada
kaitan dengan pembukaankawasan untuk pertaniantanpa kebenaran. -
Sila nyatakan apakah bentuk tindakan yang diambil oleh Jabatan Perhutanan Negeri terhadap masalah tersebut ?
Tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Perhutanan Negeriterhadap masalah tersebut adalah dengan mengadakan rondaan dengan lebih kerap lagi di kawasan tersebut. Di antara tindakan yang telah diambil adalah seperti berikut:
a. Memusnahkantanaman pada tahun 2005 dan 2006
b. Menyita dua (2) buah motosikal pada 6 September2006
c. Menyita sebuah gergaji berantai pada 10 Mei 2007
d. Menahan dua (2) jengkaut pada 12 Februari 2008. Kedua-duajentera ini
telah dilepaskan kepada pihak yang menuntut dengan bayaran Kompaun
sebanyak RM24,000.00.
e. Menahan sebuah motosikal pada 11 April 2008
f. Menahan sebuah (1) jengkaut pada 6 Mei 2008
g. Menanamsemula kawasanterokaan seluas 10 hektar -
Setakat ini, adakah pihak Kerajaan Negeri mengenal pasti siapakah dalang atau ketua sindiket yang melakukan kerja-kerja tersebut dan apakah motif mereka ?
Berdasarkan dokumen-dokumen yang diperoleh oleh Jabatan mendapati
penerokaan kawasan Hutan Simpan Raja Musa telah dirancang oleh pihak
tertentu yang cuba memperoleh keuntungan dengan menjual lot-lot yang
diterokai.