Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

48) PENGANGGURAN BELlA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kadar pengangguran belia di negeri Selangor dari tahun 2000 hingga 2008?

    Buat masa ini tiada kajian atau pengumpulan datalmaklumat mengenai kadar
    pengangguran khusus kepada golongan belia di Negeri Selangor. Pengumpulan
    data/maklumat adalah dibuat secara keseluruhan golongan penganggur di negeri ini dan kebanyakan penganggur terdiri daripada golongan belia yang berumur 16 hingga 40 tahun. Berikut adalah kadar pengangguran dari tahun 2000-2007.

     

  2. Apakah langkah-Iangkah kerajaan negeri bagi mengatasi masalah ini dalam jangkamasa pendek dan jangka masa panjang

    Antara langkah-Iangkahyang telah dan sedang diambil bagi menyertai masalah tersebut dalamjangka masa pendek dan panjang adalah seperti berikut:-

    Jangka masa Pendek

    i) Karnival Kerjaya.
    Karnival ini diadakan untuk mempromosikan sistem pencarian kerja
    melalui Electronic Labor Exchange ( ELX ) dan membantu pencari kerja
    berdaftar.

    ii) Ceramah Kerjaya
    Melalui ceramah ini, ia dapat menerangkan prosedur pencarian kerja
    dengan tepat dan bersesuaian dengan pelajaran dan kemahiran yang
    ada.

    iii) Temu duga Terbuka
    Temu duga terbuka diadakan bagi membantu para penganggur
    mendapat kerja dengan lebih cepat, berkesan dan bersesuaian dengan
    kelayakan.

     

    Jangka masa Panjang

    Kerajaan Negeri turut menjalinkan kerjasama dengan Kolej Inspen dalam
    melaksanakan Program Pembangunan Insan Berkemahiran Teknikal
    (PPIBT). Melalui program ini, para peserta khususnya golongan belia
    Selangor yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke pengajian IPT
    ditawarkan dengan pelbagai kursus kemahiranselama 6 bulan. Kursus ini
    diwujudkan untuk membantu mereka dalam mendapatkan peluang
    pekerjaan.

    Kursus ini juga ditawarkan kepada semua belia tanpa mengira kaum dan
    dibiayai oleh pihak UPEN dan Yayasan Strategik Sosial. Pada tahun
    2007, jumlah peserta asalah seramai 249 peserta dan bagi tahun 2008
    adalah seramai 227 peserta. ( Sila rujuk Lampiran A dan Lampiran B ).

Lampiran

Tiada Lampiran.