Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
46) PEMBANGUNAN DI KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah projek pembangunan pada kecerunan kelas III yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor terdahulu di kawasan Hulu Kelang yang sedang dan dalam perancangan pelaksanaannya?
Terdapat 16 lokasi projek pembangunan yang terlibat dengan JKSAS yang
berada dalam kelas 3 (>25′- <35′) yang telah diluluskan Kebenaran Merancang sehingga siap diduduki sejak dari tahun 2000.i) Baru-baru ini Kerajaan Negeri telah membuat keputusan pembangunan
kelas 3&4 tidak lagi diluluskan manakala bagi pembangunan yang telah
diluluskan sebelum ini boleh diteruskan dengan mematuhi segala syarat
yang ditetapkan.ii) Bagi pembangunan Bukit Melawati, MPAJ telah memberikan kelulusan.
Walau bagaimanapun, projek tersebut belum boleh dimulakan kerana
penduduk telah memfailkan bantahan mereka ke Lembaga Rayuan di
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor. Tarikh
pendengaran adalah 27 Mei 2008 dan projek pembangunan tersebut
bergantung pada keputusan Lembaga Rayuan seperti terkandung dalam
Akta 172 -
Adakah kerajaan Selangor sekarang bercadang untuk menyemak semula semua kelulusan yang telah diberi terdahulu bagi projek-projek yang masih belum memulakan kerja-kerja pembinaan seperti projek pembangunan di Bukit Taman Melawati?
Sekiranya Kerajaan Negeri menarik balik kelulusan pembangunan,pihak pemilik tanah boleh mengemukakan “Notis Bell” kepada pihak MPAJ dan Kerajaan Negeri di bawah Seksyen 37 Akta 172 anggaran nilai semasa tanah tersebut adalah sebanyak RM 105 juta.
-
Apakah implikasi dari segi kewangan dan perundangan yang perlu ditanggung kepada kerajaan Selangor sekarang sekiranya kelulusan projek terdahulu ditarik balik?