Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

42) SISTEM PENGURUSAN TANAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan negeri bagi meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan tanah bagi mengatasi isu tunggakan permohonan tanah serta penduduk yang tidak mendapat geran tanah setelah berpuluh tahun menunggu?

    Beberapa tindakan telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi
    mengatasi isu tunggakan permohonan tanah. Di antara tindakan-tindakan
    tersebut adalah seperti berikut:-

    i) Pelantikan kakitangan task force oleh Kerajaan Negeri seramai 159 orang
    termasuk 128 orang kakitangan Pasukan Petugas Khas lantikan Kerajaan
    Persekutuan bagi meningkatkan produktiviti dan keupayaan
    menyelesaikantunggakan permohonantanah; dan

    ii) Penetapan sasaran di peringkat individu sehingga di peringkat Jabatan
    bagi memastikan fokus yang berterusan diberikan terhadap penyelesaian
    tunggakan tersebut. Penilaian dan pemantauan berkala dilakukan bagi
    memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai dan isu-isu
    berbangkit berkaitan penyelesaiantunggakan dapat ditangani.

    Bagi kes penduduk-pendudukyang masih tidak mendapat geran tanah setelah berpuluh tahun menunggu, siasatan secara spesifik perlu dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, pihak Y.B. Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang dipohon mengemukakan nombor rujukan fail permohonan-permohonan tersebut kepada Pentadbir Tanah Daerah bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

  2. Apakah sistem yang akan diamalkan dalam proses tender tanah bagi memastikan wujudnya ketelusan dalam pentadbiran tanah?

    Merujuk kepada Kanun Tanah Negara 1965, pelupusan tanah Kerajaan adalah
    dibuat secara pemberimilikan di bawah Seksyen 76 atau Lesen Pendudukan
    Sementara di bawah Seksyen 65. Tiada Seksyen yang memperuntukkantanah
    dilupuskan secara tender terbuka. Walau bagaimanapun,Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat keputusan dasar bagi melaksanakanamalan tersebut.

  3. Berapakah jumlah tanah yang telah dirizabkan untuk sekolah jenis kebangsaan serta sekolah kebangsaan 5 tahun yang lepas mengikut pecahan daerah dan senaraikan butir-butirnya. (nama sekolah, lokasi, keluasan tanah, tahun dirizabkan)

    Tapak bagi Sekolah-SekolahKebangsaantidak dirizabkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Kementerian berkaitan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan perlu memohon hak milik bagi tanah-tanah tersebut untuk pembinaan Sekolah-Sekolah Kebangsaan. Manakala, bagi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan, kebanyakan sekolah tersebut dibina di atas tanah persendirian (tanah hak milik). Berdasarkan data yang diperoleh melalui Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer, berikut disenaraikan jumlah tanah dengan syarat nyata tapak Sekolah (bagi hak milik Pendaftar sahaja) seperti di LampiranA.

    Pentadbiran ini tidak menyenggara maklumat nama-nama sekolah berkaitan. Pihak Y.B. Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang bolehlah mendapatkan maklumat tersebut melalui Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang beralamat di Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, 40604 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Tel: 03-55198823/55186214, Faks: 03-55102133.

Lampiran

Tiada Lampiran.