Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

41) KEBAJIKAN WARGA EMAS

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilangan penduduk negeri Selangor yang terdiri daripada golongan warga emas adalah hampir 40 %. Jumlah tersebut semakin meningkat dengan kemudahan dan tahap kesihatan penduduk yang lebih baik. Golongan ini terdiri daripada pesara-pesara kerajaan dan bukan kerajaan. Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor dapat memanfaatkan kepakaran dan pengalaman luas yang ada pada warga emas tersebut?

    Kerajaan Negeri sentiasa mengadakan sesi dialog dan perjumpaan-perjumpaan
    dengan pesara kerajaan dan swasta melalui pertubuhan-pertubuhan bukan
    kerajaan (NGO) di mana di dalam sesi percambahanfikiran tersebut, Kerajaan
    Negeri mengambil kira pandangan dan usul-usul yang dikemukakan ke arah
    keberkesananpenyampaianperkhidmatan kerajaan

  2. Berapa banyakkah Pusat Aktiviti Warga Emas yang sudah dibina seluruh Selangor bagi memberi khidmat jagaan harian atau jagaan sepenuh masa kepada kelompok ini? Sila beri butiran pusat-pusat yang ada dan yang dalam pembinaan/perancangan

    Lima (5) buah Pusat Aktiviti Warga Emastelah dibina di seluruh Selangor. Pusat Aktiviti Warga Emas tersebut adalah seperti berikut :-

    i) Pusat Jagaan Harian Warga Tua Jenjarom, Kuala Langat, Selangor;
    ii) Pusat Jagaan HarianWarga Tua Sabak Bernam, Selangor;
    iii) Pusat Jagaan Harian Warga Tua Kompleks Penyayang, Sungai Buloh,
    Selangor;
    iv) Rumah Seri Kenangan Cheras (RSK), Jalan Cheras, Kuala Lumpur;dan
    v) Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu, Selangor .

  3. Apakah program yang telah diadakan bagi golongan warga emas ini?

    Aktiviti yang dijalankan untuk golongan ini adalah mengikut tahap keupayaan
    mereka. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut :-

    i) Hari Warga Tua;
    ii) Hari SukanWarga Tua;
    iii) Karnival Sukan Warga Tua;
    iv) Hari Keluarga Warga Tua;
    v) Ceramah kesihatan dan pemakanan;
    vi) Bengkel kraf tangan, jahitan, sulaman dan sebagainya;
    vii) Aktiviti memasak dan riadah;
    viii) Ceramah Pengurusan Masa;
    ix) Lawatan ke Kompleks Warga Emas; dan
    x) Lain-lain program yang dapat memberi manfaat kepada golongan warga
    emas.

Lampiran

Tiada Lampiran.