Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

39) LATIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Latihan kemahiran adalah amat penting untuk remaja yang telah tercicir dari sekolah. Tujuan latihan sebegini adalah untuk menyediakan mereka untuk sebagai tenaga kerja yang mahir, yakni, tenaga kerja yang berpendapatan tinggi di masa hadapan. Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) ditubuhkan semata-mata untuk menghadapi cabaran ini pada tahun 2001 dengan menelan belanja sebanyak RM38 juta tetapi didapati pada masa ini kurang digunakan. Berapakah jumlah maksimum bilangan pelajar yang boleh ditampung oleh IKYS untuk memberi latihan dan kursus-kursusyang berasaskanteknikal?

    Jumlah maksimum pengambilan pelajar bagi mengikuti program;

    i. Kemahiran Elektrik (Pentauliah daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia)
    adalah seramai 120 orang bagi setiap tahun atau 240 pelajar dalam satu
    masa program.

    ii. Kemahiran Penyejukbekuandan Penghawa dingin (Pentaulian daripada
    Jabatan Pembangunan Kemahiran)dengan had maksima 24 pelajar bagi
    setiap kelas.

    Had maksima kemudahan asrama yang boleh digunakan adalah seramai 300
    pelajar.

  2. Berapakah purata bilangan pelajar setahun sejak 5 tahun kebelakangan ini di IKYS?

    Sehingga kini seramai 767 orang pelatih telah dikeluarkandenganjumlah purata
    pelajar setiap tahun seramai 95 orang dari tahun 2000 hingga tahun 2007

  3. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan untuk mengoperasikan IKYS kepada keupayaan yang sepenuhnya dalam masa 6 bulan lagi?

    A. Program Kursus
    1. Cadangan pertambahandan perlaksanaanprogram kursus jangka panjang (2 tahun)
    2. Kursus Penjaga Jentera Elektrik
    3. Kursus Elektronik

     

    B. Cadangan pertambahan dan perlaksanaan kursus jangka pendek (sehingga 6 bulan).
    a. Kurus Penyejukbekuan dan penghawa dingin
    b. Kursus Kimpalan
    c. Kursus automotif
    d. Kursus Robotik
    e. Kursusteknologi Informasi (IT) dan networking
    f. Kursus Pelukis Pelan Kejuruteraan
    g. Kursus Jahitan/Dandanan
    h. Kursus Bahasa (Jepun, Mandarin, English)

     

    C. Pertambahan Kemudahan Infrastruktur Program
    Kemudahan infrastruktur kemudahan penganjuran program akan di atur
    berdasarkan kepada kemudahanfizikal sedia ada.

    Pertambahan bilangan kakitangan akademik bagi penyediaan modul dan program latihan sepertimana yang disyaratkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

     

    D. Kemudahan Asrama Pelatih.
    Kemudahan sedia ada adalah terhad kepada 300 pelajar. Pertambahan bilangan asrama perlu dibuat perancangan berdasarkan kepada cadangan pertambahan bilangan program kursus dan pertambahan bilangan pengambilan pelatih.

    Cadangan penggunaan asrama di bangunan milik Yayasan Selangor
    sedia ada. (Rumah kediaman milik Yayasan Selangor akan dijadikan
    sebagai bangunan asrama. Kapasiti bangunan kediaman milik Yayasan
    Selangor seramai 100 orang pelajar.

Lampiran

Tiada Lampiran.