Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

34) PERTANIAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah projek pertanian lain yang telah dirancang bagi memberi peluang rakyat Selangor memajukan pertanian sebagai satu industri selain projek ternakan babi yang bernilai RM100 juta?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian sentiasa
    proaktif dalam merangka program dan projek-projek pertanianyang terbaik untuk golongan sasaran. Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran untuk
    memastikan petani, penternak dan nelayan mempunyai pendapatan minimum
    RM1,500.00 I bulan. Projek-projek pertanian moden seperti sistem fertigasi dan ternakan dalam kanvas merupakan pendekatan yang akan diperluaskan kepada golongan sasaran.

  2. Mengapakah projek ternakan babi itu menjadi keutamaan dalam Dasar Pertanian Negeri di bawah kerajaan baru ini?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan IAgensi di Jawatankuasa Tetap Pemodenan
    Pertanian negeri mempunyai pelbagai projek untuk dilaksanakan dan projek
    ternakan tersebut hanya sebahagian kecil daripada projek-projek yang akan
    dilaksanakan dan bukan agenda utama Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.