Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
30) DEMAM DENGGI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk menangani masalah deman denggi?
Perancangan jangka pendek dan jangka pendek Kerajaan Negeri untuk
menangani masalahdemam denggi adalah :Jangka pendek
i) Mengadakan gerak gempur “Ops bersih” selama 2 bulan bermula pada
10 Mei ini di lokaliti-Iokalitiwabak iaitu :- Petaling (ShahAlam , Subang Jaya, Petaling Jaya)
- Klang (Bandar Sultan Sulaiman, Pandamaran, Taman Sentosa, Bkt.
Tinggi, Kg. Jawa, PadangJawa, Jalan Meru) - Hulu Langat (Bandar Baru Bangi, Bandar Kesuma, Semenyih,
- Gombak (BandarTasik Puteri,Taman Seri Gombak, Batu Cave)
- Kuala Selangor (Batang Berjuntai)
Dalam operasi ini akan dijalankan :
- Pemeriksaan rumah ke rumah untuk nyamuk aedes, pemberian ubat
jentik-jentik dan semburan asap. - Pemeriksaan tapak binaan, projek terbengkalai, kilang besi buruk dan
lain-lain. - Hebahan awam melalui media massa, pemasangan bunting, poster
dan pengumuman bergerak. - Pamerandan ceramah mengenai pencegahandan kawalan denggi.
ii) Menggerakkan penduduk untuk mengadakan gotong-royong di kawasan
atau lokaliti wabak dan bukan wabak, khasnya penglibatan proaktif dari
ketua masyarakatlAdunkawasan untuk menjayakanaktiviti ini.Jangka panjang
i) Mewujudkan “Skuad Denggi” di semua lokaliti-Iokalitiberwabak di negeri
Selangor yang terdiri daripada ahli jawatankuasa penduduk dan diketuai
oleh Adun kawasan masing-masingsebagai penasihat bagi menjalankan
aktiviti “mencari dan memusnah” tempat-tempat pembiakan nyamuk di
dalam dan luar kawasan rumah masing-masing.
Perancangan penubuhan skuad ini akan diadakan pada bulan Jun 2008.ii) Menambah peruntukan bagi program kawalan penyakit bawaan vektor
oleh PBT- Pengwujudan dan pengisian jawatan mengikut norma setiap 100,000
penduduk mempunyai 1 Penolong Pegawai kesihatan Persekitaran
(PPKP), 16 Pembantu Kesihatan Awam (PKA) dan 16 Pekerja
RendahAwam (PRA). - Penambahan peruntukan bagi pembelian peralatan dan bahan kimia
yang diperlukan untuk kawalanvektor. - Pengwujudan dan pengisian jawatan kumpulan pengurusan dan
profesional (Pegawai Kesihatan, PegawaiSains (Ahli Kaji Serangga).
iii) Mendidik masyarakat mengenai cara hidup sihat cegah denggi
- Murid-muridsekolah (Melalui Program BersepaduSekolah Sihat)
- Masyarakat Am (Hebahan melalui Media Masa, Majalah, Buletin)
- Anggota Kerajaan (Melalui Pekeliling, Bengkel, Seminar)
- Anggota Institusi Swasta (Melalui Ketua Institusi, Bengkel, Seminar)
- Lain-lain (Melalui Pertubuhan-pertubuhandan lain-lain)
-
Nyatakan kos penyemburan ubat nyamuk mengikut PBT dan bilangan kontraktor yang terlibat (jika ada).
Kos penyemburan (Fogging) bagi tujuh (7) pihak berkuasa tempatan sepanjang
tahun 2006 adalah RM3,400.491.49dan tahun 2007 adalah RM3,354.068.46 Sila rujuk lampiran.