Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

28) GAJI GURU-GURU KAFA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila berikan butiran berapakah jumlah guru-guru KAFA yang dilantik oleh Kerajaan Negeri ?

    Jumlah guru-guru KAFAyang dilantik oleh kerajaan negeri adalah 5955 orang.

  2. Berapakah gaji dan elaun yang diterima oleh guru-guru KAFA mutakhir ini ?

    Guru KAFA tidak menerima gaji. Mereka hanya menerima elaun berjumlah RM
    738.30 sebulan dari 3 sumber iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kerajaan negeri dan MajlisAgama Islam Selangor (MAIS).

  3. Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang dan mengikut jejak langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menambah elaun guru-guru KAFA yang terbukti banyak berjasa kepada Kerajaan. Di samping itu, bagi meringankan bebanan kos sara hidup harian yang semakin tinggi ?

    Buat masa ini, kerajaanbelum bercadang menaikkan lagi elaun KAFA.

Lampiran

Tiada Lampiran.