Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

21) LEBIHAN WANG ZAKAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah lebihan kutipan wang zakat sebelum ini di negeri Selangor?

    Tidak wujud istilah lebihan wang zakat. Tetapi istilah yang tepat ialah kutipan
    zakat yang belum diagihkan. Wujud kutipan yang belum diagihkan apabila
    kutipan zakat melebihi sasaran atau kutipan zakat meningkat secara mendadak
    terutamanya di hujung tahun. Contohnya sasaran pada tahun 2007 adalah
    sebanyak RM171juta dan LZS berjaya mengutip sebanyak RM202juta. Kutipan
    zakat tersebut akan digunakan untuk agihan berikutnya mengikut projek yang
    dirancang oleh MAIS.

  2. Apakah usaha kerajaan negeri untuk menyalurkannya kepada asnaf yang masih lagi memerlukannya di negeri Selangor misalnya Sekolah Agama Rakyat?

    Sehingga kini sememangnya wang zakat disalurkan untuk pembinaan sekolahsekolah rendah agama I KAFA Integrasi dan juga keperluan prasarana sekolah tersebut seperti perabot kerusi I meja murid, guru dan kantin. Pelaksanaan bantuan zakat adalah berdasarkan kepada permohonan. Peruntukan untuk pembinaan sekolah rendah agama I KAFA maksimum adalah sebanyak RM 50,000 bagi satu kelas.

  3. Sekiranya di negeri Selangor hasil zakat sudah mencukupi, wujudkah mekanisme untuk menyalurkannya ke negeri lain?

    Mengikut Fatwa Zakat Negeri Selangor keutamaan wang zakat diagihkan di
    negeri Selangor sahaja. Sebahagian kecil sahaja disalurkan ke negeri lain
    khususnya berkaitan kes kecemasan seperti bencana alam, banjir, sakit kronik
    dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.