Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

19) KELUARGA MISKIN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah definisi kemiskinan?

    PGK atau Pendapatan Garis Kemiskinan diguna pakai sebagai pengukuran
    kemiskinan. Kemiskinan boleh dikategorikan kepada kemiskinan bandar dan kemiskinan luar bandar. Sesebuah isi rumah dianggap miskin sekiranya
    pendapatan bulanan isi rumah adalah kurang daripada Pendapatan Garis
    Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri seperti berikut:-

    Kemiskinan bandar – PGK RM1500 sebulan seisi rumah atau RM326 per
    kapita

    Kemiskinan luar bandar – PGK RM660 sebulan seisi rumah atau
    per kapita RM150

    Justeru, kemiskinan sama ada di bandar mahupun luar bandar diukur berdasar skala yang sama iaitu melalui Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan.

  2. Mengikut definisi kemiskinan kerajaan, wujudnya berapa warga miskin di Selangor?

    Bilangan miskin di Selangor adalah seperti berikut :-

    Jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat: 14,238 orang
    Jumlah penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor: 9452 orang
    Jumlah miskin berdaftar di Pejabat Daerah : 6124 orang

    Jumlah yang dikemukakan oleh Pejabat Daerah tersebut adalah anggaran
    berdasarkan bancian yang telah dibuat oleh Pejabat Daerah dan jumlah tersebut merupakan jumlah miskin yang belum menerima bantuan. Insiden kemiskinan adalah bersifat dinamik, justeru jumlah yang dikemukakan tersebut akan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa.

  3. Kalau ukuran kemiskinan adalah keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1500 sebulan, wujud berapa ramai warga miskin di Selangor?

    Dianggarkan peratus bilangan miskin akan meningkat. Walau bagaimanapun,
    kajian dan data menyeluruh masih sedang dalam peringkat pelaksanaan oleh
    Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.