Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
107) KLORR DAN HAK KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah projek ini akan dimulakan?
Kerajaan Negeri pada dasarnya bersetuju dan menyokong cadangan Pembinaan Lebuh
Raya Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) memandangkan ia adalah projek
infrastruktur yang akan memberi kemudahan kepada rakyat. Namun demikian, kajian
semula perlu dilakukan oleh pihak syarikat konsesi yang dilantik berhubung jajaran
lebuh raya tersebut. Ini adalah kerana jajaran yang dikemukakan kepada Kerajaan
Negeri melibatkan kawasan tadahan air Ampang yang dianggap kawasan sensitif alam
sekitar, kawasan empangan Klang Gate serta kawasan hutan simpan Hulu Langat dan
Ampang yang diwartakan sebagai Taman Warisan Negeri.
Dalam hal ini, pihak syarikat memerlukan sedikit masa untuk mengkaji kesesuaian
jajaran serta menyiapkan Detail Environment Impact Analysis (DEIA) khususnya bagi
kawasan yang melibatkan kawasan tadahan air, Taman Warisan Negeri, empangan
Klang Gate dan lain-lain.. Kesesuaian jajaran ini boleh memberi impak positif dari segi
sosio ekonomi, sosio politik serta kesan terhadap alam sekitar. Oleh yang demikian,
projek ini akan dimulakan sejurus selepas Kerajaan Negeri bersetuju dengan jajaran
baru yang akan dikemukakan oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan
syarikat konsesi yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan. -
Apakah ada kuasa dan hak Kerajaan Negeri Selangor dalam pemantauan perjalanan projek khasnya di segi pembelian tanah-tanah persendirian hak rakyat?
Pada ketika ini, secara keseluruhan, projek Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR)
adalah di bawah pemantauan dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan di bawah Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM). Namun demikian, sesi
perbincangan dan mesyuarat tetap diadakan, di antara kedua-dua pihak untuk
mendapatkan keputusan-keputusan yang memberikan kemudahan kepada rakyat
secara keseluruhannya.
Dalam hal ini, Kerajaan Negeri memantau perkara–perkara yang melibatkan hal-hal
berkaitan tanah. Dari aspek pengambilan balik tanah, sekiranya melibatkan tanah
individu, proses pengambilan akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan
melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan pampasan akan
dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada pemilik tanah berdasarkan nilaian oleh
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), sebuah agensi di bawah Kementerian
Kewangan (MOF). Bagi pelaksanaan yang melibatkan tanah kerajaan, pada ketika ini
Kerajaan Negeri tiada memperuntukkan dasar untuk mengenakan bayaran
memandangkan projek ini akan memberi impak terhadap kemudahan rakyat secara
keseluruhan. Namun demikian, Kerajaan Negeri tetap akan memberikan pandangan
terhadap isu-isu berkaitan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa dari segi
jajaran serta pengambilan balik tanah-tanah yang terlibat di dalam projek ini
berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Pengambilan Tanah 1960. -
Apakah kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi menentukan jumlah bayaran bagi penggunaan tanah sekiranya projek ini dijalankan?
Proses pengambilan tanah akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan pampasan akan dibayar oleh
Kerajaan Persekutuan kepada pemilik tanah berdasarkan nilaian oleh Jabatan Penilaian
dan Pengurusan Harta (JPPH), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan
(MOF).
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan meneliti dan menilai kembali jajaran lebuh
raya yang dicadangkan oleh pihak syarikat konsesi yang dilantik. Dalam hal ini,
pertimbangan akan dibuat berdasarkan aspek-aspek tertentu khususnya dalam menilai
jajaran yang lebih sesuai bagi mengurangkan pengambilan tanah milik individu