Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
102) PELANTIKAN KETUA KAMPUNG
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauh manakah prestasi ketua-ketua kampung yang dilantik secara keseluruhan?
Prestasi Ketua-ketua Kampung telah dinilai mengikut proses penilaian prestasi Ketua
Kampung Negeri Selangor yang telah dirancang dan ditetapkan berdasarkan kriteriakriteria dan prosedur penilaian. Berdasarkan penilaian prestasi Ketua Kampung Negeri
Selangor yang dinilai, hampir semua Ketua Kampung Negeri Selangor melaksanakan
tugas dengan cemerlang dan baik. Mereka juga memberikan kerjasama dan komitmen
yang sangat tinggi dalam tugas harian ataupun tugas semasa ke semasa selain
mempunyai rekod peribadi yang baik dan bersih. -
Berapa orangkah di kalangan mereka diberhentikan? Mengapa?
Seramai tiga (3) orang daripada tiga ratus enam puluh lapan (368) Ketua Kampung yang
diberhentikan dari menjawat jawatan Ketua Kampung yang disebabkan oleh tidak lulus
lapisan keselamatan tidak aktif dan tidak memberi kerjasama yang baik dengan Y.B
ADUN kawasan. -
Adakah ruang yang dapat ditingkatkan prestasi mereka?
Prestasi Ketua-ketua Kampung dapat dipertingkatkan serta memenuhi ruang-ruang
kelemahan yang dimiliki oleh mereka melalui kursus-kursus dan seminar-seminar yang
akan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri mengikut keperluan semasa untuk memperbaiki
dan mempertingkatkan mutu kerja mereka.