Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

100) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dewan Negeri telah meluluskan usul memulihkan Pilihan raya Kerajaan Tempatan. Apakah langkah-langkah yang sedang dilakukan oleh kerajaan ke arah ini?

    Langkah-langkah yang sedang dilakukan demi merealisasikan matlamat ini oleh
    Kerajaan Negeri ialah dengan melaksanakan kajian dasar pelaksanaan Pilihanraya
    Kerajaan Tempatan melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan
    Penyelidikan. Satu Pasukan Penyelidik telah dilantik yang terdiri daripada Peguam, Ahli
    Akademik dan NGO untuk melaksanakan kajian ini dan telah dibentangkan kepada
    Kerajaan Negeri. Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh pasukan penyelidik ini
    untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri.

  2. Adakah kerajaan sudah mewujudkan jawatankuasa khas untuk meneliti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri belum menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk meneliti
    Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) memandangkan perkara ini telah termasuk di
    dalam skop kajian yang dijalankan oleh Pasukan Penyelidik yang telah dilantik oleh
    Kerajaan Negeri. Hasil kajian yang dicadangkan oleh Pasukan Penyelidik masih dalam
    kajian dan penelitian Kerajaan Negeri dan setakat ini belum ada keputusan muktamad
    yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri

  3. Apakah faktor-faktor selain Akta 171 yang boleh menghalang proses ini?

    Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan setakat ini, didapati tiada faktor-faktor lain
    yang boleh dianggap sebagai utama selain Akta 171.

Lampiran

Tiada Lampiran.