Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
93) MESRA USIA EMAS
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah statistik pendaftaran Skim Mesra Usia Emas sehingga sekarang?
Sehingga 30 September 2009 seramai 104,819 orang Warga Emas telah berjaya
didaftarkan ke dalam sistem Skim Mesra Usia Emas bagi seluruh Negeri Selangor (Sila
rujuk Lampiran A). Sementara bagi keseluruhan keahlian terkini termasuk dari Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur adalah berjumlah 114, 699 orang. -
Apakah strategi yang ada pada Kerajaan Negeri untuk menggiatkan dan menggerakkan pendaftaran skim Mesra Usia Emas di seluruh Selangor?
Strategi pemasaran dan promosi bersepadu akan digunakan di seluruh Negeri Selangor.
Ia akan turut melibatkan semua Pusat-pusat Khidmat sedia ada, Pejabat Tanah/Daerah
dan juga Pihak-pihak Berkuasa Tempatan. Antara lain adalah seperti berikut:
1) Pembukaan Kaunter Pendaftaran dan Penerangan di semua Pejabat Tanah/Daerah
dan Pihak Berkuasa Tempatan.
2) Mengadakan publisiti bergerak yang juga turut dilakukan secara bersepadu oleh
Pusat-pusat Khidmat DUN, Pejabat Tanah/Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan
RMSB sendiri.
3) Hebahan maklumat turut dibuat melalui media-media cetak kerajaan dan tempatan.
4) Bahan-bahan promosi bercetak disebarkan secara lebih khusus kepada kumpulan
sasaran termasuklah rumah-rumah penjagaan dan kebajikan orang-orang tua dan
orang kurang upaya, rumah-rumah ibadat dan sebagainya.
5) Penggunaan billboard juga sedang dirancang di beberapa tempat strategik di setiap
daerah bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kewujudan skim ini. -
Berapa banyak wang telah dibelanjakan/dibayar oleh kerajaan Selangor melalui program-program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor?
Wang yang dibelanjakan/dibayar oleh Kerajaan Selangor melalui program-program
dibawah program ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ bagi tahun 2008 adalah RM
69,272,509.35 dan RM 125,394,209.87 bagi tahun 2009. Jumlah keseluruhan bagi
tahun 2008 dan 2009 adalah sebanyak RM 194,666,719.22.
Perbelanjaan tertinggi yang dibelanjakan/dibayar oleh Kerajaan Selangor adalah
program Bekalan Air Percuma bagi 20m3
iaitu RM 150,000,000.00 yang diberikan
secara pinjaman kepada KDEB.
Perincian perbelanjaan yang dibayar oleh Kerajaan Selangor adalah seperti Jadual 1.
2008 2009
PROGRAM
Belanja (RM) Belanja (RM)
Jumlah Perbelanjaan
(RM)
Program Peningkatan Hasil
Batuan & Mineral 2,500,000.00 – 2,500,000.00
Bekalan Air Percuma bagi
20m3 50,000,000.00 100,000,000.00 *150,000,000.00
Hadiah Anak Masuk Universiti 3,567,000.00 4,028,000.00 7,595,000.00
Tabung Warisan Anak
Selangor (TAWAS) 9,031,477.35 4,468,522.65 13,500,000.00
Skim Mesra Usia Emas 3,574,032.00 15,618,123.88 19,192,155.88
Pusat Khidmat Krisis Sehenti
(OSCC) 100,000.00 430,600.00 530,600.00
Tabung Pendidikan Anak-anak
Pekerja Ladang 500,000.00 848,963.34 1,348,963.34
Jumlah 69,272,509.35 125,394,209.87 194,666,719.22
* Dalam bentuk pinjaman kepada KDEB
Jadual 1: Perbelanjaan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan program-program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor
(MES) bagi tahun 2008 dan 2009.Statistik Pendaftaran Terkini Ahli mengikut DUN Mengikut Kadar Penembusan – Negeri Selangor
Pada 30/09/2009
–
1 JUMLAHBIL DUN Nama DUN I Jumlah
1 N01 SUNGAI AIR TAWAR 2226
2 N02 SABAK 2466
3 N03 SUNGAI PANJANG 2639
4 N04 SEKINCHAN 1713
5 NOS HULU BERNAM 1257
6 N06 KUALA KUBU BAHARU 1395
7 N07 BATANG KALI 1272
8 N08 SUNGAIBURONG 2206
9 N09 PERMATANG 1626
10 N10 BUKIT MELAWATI 1059
11 N11 IJOK 1979
12 N12 JERAM 1754
13 N13 KUANG 1623
14 N14 RAWANG 2263
15 N15 TAMAN TEMPLER 2753
16 N16 BATU CAVES 1569
17 N17 GOMBAK SETIA 2079
18 N18 HULU KELANG 2710
19 N19 BUKIT ANTARABANGSA 716
20 N20 LEMBAH JAYA 3201
21 N21 CHEMPAKA 1534
22 N22 TERATAI 2307
23 N23 DUSUN TUA 2210
24 N24 SEMENYIH 2438
25 N25 KAJANG 3033
26 N26 BANGI 1051
27 N27 BALAKONG 1854
28 N28 SERI KEMBANGAN 2866
29 N29 SERISERDANG 1942
30 N30 KINRARA 1972
31 N31 SUBANG JAYA 801
32 N32 SERI SETIA 1054
33 N33 TAMAN MEDAN 2093
34 N34 BUKIT GASING 780
35 N35 KAMPUNG TUNKU 2365
36 N36 DAMANSARA UTAMA 4012
37 N37 BUKIT LANJAN 1199
38 N38 PAYA JARAS 1484
39 N39 KOTA DAMANSARA 945
40 N40 KOTA ANGGERIK 1060
41 N41 BATU TIGA 1171
42 N42 MERU 1866
43 N43 SEMENTA 1737
44 N44 SUNGAI PINANG 3741
45 N45 SELAT KLANG 2205
46 N46 PELABUHAN KLANG 748
47 N47 PANDAMARAN 2419
48 N48 KOTA ALAM SHAH 1297
49 N49 SERI ANDALAS 2313
50 N50 SRI MUDA 1393
51 N51 SIJANGKANG 1720
52 N52 TELUK DATUK 2201
53 N53 MORIB 2003
54 N54 TANJUNG SEPAT 1951
55 N55 DENGKIL 1145
56 N56 SUNGAI PELEK 1403
JUMLAH 104,819