Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
91) PERPUSTAKAAN NEGERI DAN KEMPEN MEMBACA
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif dan strategi terbaru yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan budaya membaca di kalangan rakyat Selangor selain menggalakkan mereka membaca buku di perpustakaan?
Melaksanakan penjenamaan semula Perbadanan perpustakaan Awam Selangor adalah
inisiatif dan strategi terbaru oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan budaya membaca
di kalangan rakyat Selangor. Bukan sahaja Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
telah menjalani proses ‘Rebranding’ (penjenamaan semula) tetapi bermula daripada
warga PPAS yang perlu mengubah hati, minda dan sikap mereka supaya dapat
bersama-sama bersungguh-sungguh menjayakan rebranding tersebut. Rebranding
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sangatlah diharapkan agar dapat memberi
nafas baru dan wajah baru kepada PPAS agar dapat meningkatkan lagi kualiti
perkhidmatan kepada rakyat.
Salah satu agenda rebranding PPAS adalah mengadakan Program Team Building
PPAS. PPAS telah memperkenalkan Big Picture PPAS kepada semua staf iaitu
mereka hendaklah membina kepimpinan dan keupayaan dengan mengubah hati, minda
(mindset) dan sikap mereka ke arah yang positif, proaktif dan berilmu supaya PPAS
dapat bersama–sama melangkah ke hadapan dan bekerja keras menjayakan
rebranding PPAS.
Dengan ini, Bahagian Pentadbiran & Pengurusan dapat menghasilkan kos yang efektif
serta berkualiti dan Bahagian Sokongan dan Teknikal menghasilkan kerja yang cekap,
mesra dan berteknologi tinggi. Semua bahagian mestilah berganding bahu, barulah
menjadi crew PPAS ownership yang tinggi, berintegrasi dan bersatu padu, di samping
PPAS berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih kondusif dan ceria.
PPAS dapat membantu semua pengunjung/ pembaca ke perpustakaan dengan ilmu dan
memberi keyakinan diri kepada masyarakat. Dan dengan ini, ia akan mengubah
persepsi masyarakat terhadap perpustakaan, sekali gus menjadikannya sebagai tempat
lepak dengan kemudahan yang lengkap dan selesa seperti kafeteria, WIFI, koleksi yang
best dan bilik multimedia yang percuma, bersesuaian dengan konsep Perpustakaan
Rumah Kedua Ku (Library My Second Home).
Kerajaan Negeri mahukan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dijadikan sebagai
hub ilmuan, di mana semua masyarakat akan berilmu dan dapat memberi keyakinan
diri serta dapat berfikir dan membezakan di antara perkara baik dan buruk, serta merta
dapat membantu kerajaan menurunkan kadar jenayah dan gejala sosial.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sedang dalam usaha mengesan lokasilokasi yang berpotensi bagi sasaran baru pengunjung/pembaca (untapped
market/user), contoh di kawasan-kawasan pekan kecil, pinggir bandar, kompleks
perniagaan, taman perumahan yang masih belum mempunyai perpustakaan. Di
samping menukar konsep reka bentuk perpustakaan contoh, perpustakaan di dalam
Kompleks membeli belah, sudut perpustakaan di jabatan, perpustakaan mini di setiap
rumah. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sedang berusaha mengenal pasti
sasaran khusus seperti warga emas, pesara dan bekas guru.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sedang menambah baik aktiviti Gerakan
Membaca supaya lebih menyeluruh sehingga ke peringkat mukim dan desa. Dalam
usaha memasyarakatkan perpustakaan , program Jejak Ilmuwan bersama PPAS
diwujudkan.
Perpustakaan juga akan memperhebatkan program outreach sedia ada dan
mengambil inisiatif dengan mengadakan kempen keahlian secara percuma di Kompleks
membeli-belah, Summit, Karnival , jabatan-jabatan kerajaan dan lain-lain. Program ini
berteraskan perpaduan dan nilai-nilai murni untuk membangun modal insan serta
menyokong pembelajaran sepanjang hayat. -
Apakah strategi terkini perpustakaan bagi menawarkan perkhidmatan terbaik sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan kerana kemunculan teknologi kini lebih menarik minat pembaca untuk membaca menerusi internat?
Strategi terkini Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dalam usaha menjadi sebuah
perpustakaan yang ‘user friendly’ iaitu dengan mengekalkan keahlian secara percuma
tanpa penjamin serta menawarkan keahlian bermula dari bayi.
Semua mutu perkhidmatan ditingkatkan lagi dengan tawaran perkhidmatan akses
internat dan WIFI secara percuma di semua Bilik-bilik Multimedia Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor.
Untuk terus menjadikan buku masih relevan, pembangunan koleksi lebih menarik dan
up to date dan mantap akan dilaksanakan. Justeru itu, jalinan kerjasama/pakatan pintar
dengan penggiat industri buku bagi memperoleh bahan yang sesuai untuk perpustakaan
bakal diwujudkan.
Penyertaan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor di dalam Projek rintis (pilot)
Ubiquitous Library di mana, perkhidmatan perpustakaan boleh di terima di mana-mana
tempat, pada bila-bila masa ianya bakal memberi impak yang sangat memberi manfaat
kepada pengguna di luar Negeri Selangor.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor juga dalam usaha menambah baik serta
menaik taraf perkhidmatan portal/digital sedia ada bagi memudahkan pencarian
maklumat di atas talian.